Tuesday 31 December 2013

3 Gambar Kereta mewah baru bakal dimiliki Ketua Menteri Pulau Pinang

Posted By: TTO Admin - 31.12.13

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas membeli Toyota Camry untuk kegunaan diri dan para exconya berberapa bulan lalu, akan mula pula menggunakan W221 Mercedes-Benz S300L yang mana harga ‘on the road’ kereta itu adalah sekitar RM560,000.

Memetik laporan daripada Portal Arena Kereta :-

Benz baharu beliau tersebut berwarna Palladium Silver bakal menggunakan nombor plat “PG1″.
Nombor plat PG1 tersebut sebelum ini digunakan untuk model Toyota Camry 2.5V yang dibeli sebelum ini sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri yang berharga RM113,500 – tanpa cukai.
Menurut sumber, hanya satu unit yang dibeli dari Lowe Motors, yang mana merupakan wakil pengedar sah Mercedes-Benz Malaysia yang terletak di Georgetown, Penang. 

Tiada cukai yang dibayar untuk pembelian tersebut kerana ianya merupakan pembelian kerajaan. Kereta tersebut didatangkan dengan jaminan empat tahun tanpa had jarak dan ianya model yang dipasang di Pekan, Pahang.

Masih belum dapat dipastikan kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang ingin gantikan Camry 2.5V yang merupakan kenderaan rasmi kerajaan negeri, kepada kereta mewah Mercedes-Benz S300L. Masih misteri.


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab