Friday 19 July 2013

Terkini: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan putuskan shisha haram

Posted By: TTO Admin - 19.7.13

KUALA LUMPUR 19 Julai - Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan bahawa shisha adalah haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu diambil setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah meneliti maklumat serta bukti perubatan mengenai kesan mudarat akibat shisha.

Oleh itu, katanya, umat Islam adalah dilarang menghisap shihsa atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya. - Utusan


Artikel berkaitan

1) Apa yang  perlu anda tahu mengenai Shisha - http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/07/apa-yang-perlu-anda-tahu-mengenai-shisha.html

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab