Thursday 18 July 2013

Fakta Grafik kejadian murid sekolah,11 tahun maut tersepit pintu lift (4 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 18.7.13


17 Julai 2013 di Blok 8,PPR Desa Tun Razak Sg. Besi, seorang murid sekolah berumur 11 tahun meninggal dunia kerana tersepit di pintu lift di flat kediamannya. Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak yang tiba ditempat kejadian pada jam 13.16 untuk respon panggilan kecemasan Lift tersangkut . Apabila bomba membuka pintu lift di tingkat 3, berjaya menyelamatkan seramai 17 orang di dalam lift . Selepas itu ,menerima maklumat dari mangsa-mangsa yang terperangkap menyatakan terdapat seorang budak tersepit di pintu lift antara tingkat 2 dan 3. 

Mangsa yang dikenali Khairul Amir Azri bin Lani dikatakan cuba memanjat keluar daripada lift tersebut dengan didahului kepala ,namun badan mangsa masih lagi berada di dalam lift.

Malangnya dengan secara tiba-tiba lift tersebut bergerak turun perlahan-lahan dan tidak dapat dikawal menyebabkan leher mangsa terkepit antara lantai tingkat 3 dan lift. Mangsa didapati cedera parah di leher dan meninggal dunia di tempat kejadian.





Berita & Gambar:  FB Page Bomba
Faktra Grafik: Hmetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab