Thursday 25 July 2013

Nenek 78 tahun merupakan Penembak Tepat Professional tertua di dunia

Posted By: TTO Admin - 25.7.13


Chandro Tomar,warga India berusia 78 tahun dan telah bergelar nenek, adalah seorang penembak tepat professional tertua di dunia. Wanita luar biasa ini membesarkan 6 anak dan 15 cucu dengan pendapatan hasil kemenangannya dalam 25 kejuaraan kebangsaan di seluruh dunia.

Beliau berkata, "Sebaik sahaja saya melakukan tembakan dengan pistol pertama saya, saya terus ketagih. Dan sekarang saya ingin membuktikan kepada semua orang umur bukanlah penghalang. Sekiranya anda fokus, anda boleh melakukan apa sahaja."

Beliau sering ke padang sasar tempatan dimana beliau sentiasa menjadi perhatian semua orang yang ingin melihat skill menembaknya. Jurulatih di kelab tersebut, Farooq Pathan, yang menubuhkan padang sasar itu pada 1998 berkata "Beliau sangat bagus, sehingga ramai lelaki beralah jika melihat kehadirannya untuk mengelakkan dimalukan oleh seorang wanita berusia. Beliau mempunyai skill luar biasa, tangan yang stabil dan mata yang tajam."

Chandro masih menyertai pertandingan dan beliau baru memenangi emas dalam Kejohanan menembak Veteran yang berlangsung di Chennai, India.


Chandro menurunkan ilmu menembak tepat kepada salah seorang cucunya



Koleksi pingat dan piala yang dimenangi oleh Chandro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab