Monday 15 July 2013

Iphone 5 didakwa punca kematian seorang wanita di China

Posted By: TTO Admin - 15.7.13

Laman microblogging terkenal China,Weibo, telah melaporkan bahawa seorang bekas pramugari syarikat penerbangan China Southern Airlines, Ma Ailun mati akibat terkena renjatan elektrik setelah menjawab panggilan daripada Iphone 5  yang sedang di cas.

Polis turut mengesahkan kejadian itu adalah berpunca daripada renjatan elektrik.

Menurut keluarga Ma, Iphone 5 itu dibeli pada bulan Desember dan masih mempunyai warranty. Ma, berumur 23 tahun dan dijangka akan berkahwin pada bulan Ogos.

Kakaknya turut menulis di laman sosial Weibo: 'Saya ingin memberi amaran kepada orang lain untuk tidak membuat panggilan telefon apabila telefon bimbit anda sedang dicas.'

Apple Inc telah merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan melalui kerjasama dengan pihak berkuasa, Apple berjanji akan membuat siasatan terperinci mengenai kejadian itu. Sumber

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab