Sunday 14 July 2013

Alvin & Vivian memohon maaf. Masih tegaskan motif "berjenaka"

Posted By: TTO Admin - 14.7.13
Gambar ucapan "Selamat Berbuka Puasa" yang memaparkan hidangan Bak Kut Teh dan logo halal

Pasangan Kontroversi, Alvin dan Vivian -Alvivi memohon maaf melalui channel Youtube mereka. Dalam permohonan maaf tersebut Alvin Tan masih menegaskan motif poster ucapan "Selamat Berbuka Puasa" dengan ba kut teh dan logo halal adalah semata-mata mahu berjenaka.

Persoalannya. Dengan permohonan maaf yang bagi admin hanya melepaskan batuk di tangga, adakah rakyat Malaysia berpuas hati? dan bolehkah fenomena sebegini dibendung dengan hanya satu video permintaan maaf sahaja?

Pihak berwajib harus melakukan sesuatu. Jika tiada sebarang akta yang boleh membanteras fenomena menghina kesucian Agama Islam, keharmonian kaum dan teras perlembagaan yang lain. 1Malaysia hanya akan tinggal nama sahaja!

Saksikan video permohonan maaf dari pasangan kontroversi ini. Apa komen anda?



Artikel berkaitan


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab