Thursday 25 September 2014

Gadis mati dilanggar, Lori rentung dibakar di Klang (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 25.9.14
Shah Alam: Tindakan seorang pemandu lori meninggalkan kenderaan beratnya selepas terbabit kemalangan yang menyebabkan kematian seorang remaja perempuan dalam kejadian di Pandamaran, Klang membawa padah apabila lori berkenaan dibakar pihak tertentu.

Terdahulu, dalam kejadian jam 9.20 malam kelmarin, seorang pelajar sebuah sekolah menengah maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar lori berkenaan di persimpangan Jalan Kota Pendamar, Klang. 

Mangsa Nur Ain Mohd Ali, 14, yang membonceng motosikal Honda EX5 ditunggang rakannya Nurul Hidayah Zaidi, 14, dalam perjalanan dari Kota Pendamar menuju rumah mereka di Pandamaran sebelum terbabit dalam kemalangan itu menyebabkannya terbunuh. 

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, lampu isyarat ke arah Pandamaran di simpang berkenaan rosak menyebabkan mangsa dan rakannya meneruskan perjalanan.


“Remaja berkenaan dikatakan meneruskan perjalanan berikutan lampu isyarat menghala ke Pandamaran tidak berfungsi sebelum dilanggar lori dari arah Telok Gong menghala Klang ketika lampu isyarat laluannya hijau.

“Pemandu lori yang menyedari insiden itu kemudian bergegas ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan dan ketika dalam perjalanan, dia dimaklumkan lori dipandunya itu dibakar,” katanya. 

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab