Friday 5 September 2014

3 Gambar wajah kekasih Abby Abadi yang baru?

Posted By: TTO Admin - 5.9.14

Abby Abadi menimbulkan gosip terbaru apabila dikatakan telah menemui pengganti. Menerusi satu gambar seorang lelaki yang dikongsikan oleh Abby di Instagramnya turut disertakan dengan ayat yang penuh dengan bunga-bunga cinta.

Melalui gambar yang tersebar, lelaki tersebut dikatakan seorang ustaz bernama Khairul Azli. Kawan baik Abby iaitu Azza Elite turut mengusik seakan sudah tahu akan perhubungan cinta yang sudah berputik antara mereka berdua.


Malahan melalui satu video, peminat media hiburan dapat menjangkakan hubungan mereka akan berakhir di jinjang pelamin. Sekiranya ia berhasil, ini merupakan perkahwinan yang ketiga buat Abby Abadi.

Pada 9 Mei lalu, Abby diceraikan oleh bekas suaminya, Nor Farhan melalui khidmat pesanan ringkas dengan cerai talak satu. Sememangnya jodoh ditangan tuhan dan Abby beruntung dipertemukan dengan jejaka-jejaka yang tampan.



VIDEO

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab