Thursday 11 September 2014

Persembahan meraikan tentera yang terlampau tersebar (Video)

Posted By: TTO Admin - 11.9.14

Tentera Udara Diraja Thailand akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya yang didapati terbabit dengan persembahan wanita bogeI dalam satu persembahan di kelab tentera.

Menurut laporan Bangkok Post, Jurucakap Tentera Udara, Marsyal Monthol Satchukorn mengesahkan lelaki yang berpakaian seragam tentera dalam klip video yang dimuat naik di internet dikenal pasti anggotanya.

Klip video yang bertajuk `Penyanyi bogeI meraikan tentera’ mula tersebar di internet pada minggu lalu dan telah mendapat kritikan hebat daripada pelayar media sosial.

Dalam pada itu, Monthol berkata para pegawai yang terbabit dalam klip video itu telah melanggar peraturan mengenai penggunaan kemudahan premis kerajaan.

Bagi menyiasat perkara berkenaan satu jawatankuasa khas turut ditubuhkan.

Jelasnya, anggota yang terbabit perlu dihukum kerana telah melanggar disiplin tentera kerana berbuat demikian dengan berpakaian seragam tentera. -TheRakyatpost

Video:

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab