Thursday 18 September 2014

Punca sebenar Ziela Jalil kaburkan foto di bahagian dada

Posted By: TTO Admin - 18.9.14

Berikutan kontroversi yang timbul pada gambar yang dimuatnaik oleh pelakon Ziela Jalil di Instagram semalam, beliau hari ini melalui akhbar Harian Metro tampil menjawab perkara itu.

Terdapat juga blog hiburan juga cuba menimbulkan kontroversi liar mengatakan Ziela Jalil sengaja mengkaburkan gambar tersebut kerana rekaan pakaian di bahagian itu diperbuat daripada material yang jarang. Namun, ini jawapan beliau:
“Kalau orang muat naik gambar saja, sibuk nak tengok bahagian-bahagian yang tak perlu. Kalau gambar itu kecil pun sanggup ambil (screenshot) supaya boleh zoom dan jadikan isu.

“Baju jarang? Bukan jarang sebenarnya. Baju itu nampak dada jadi saya ambil tindakan untuk kaburkan bahagian dada sebelum muat naik gambar itu di Instagram.

“Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini, petang semalam.
Biasalah tu, bukan namanya artis kalau tidak terpalit dengan mana-mana kontroversi.  Sekecil zarah pun kesalahan yang dilakukan, pasti ada yang akan perasan...

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab