Saturday 13 September 2014

Calon UPSR buat Laporan Polis kerana tertekan!

Posted By: TTO Admin - 13.9.14

Johor Bahru: Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diwakili bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Dato' Onn, Tebrau, di sini, berikutan tertekan dengan penangguhan peperiksaan berkenaan.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cahaya Masai, Nur Syazwana Batrisya diwakili bapanya, Abdul Aziz MK Makkai Kutty, 36.

Hadir sama menemani kedua-dua beranak itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Maju Jaya, Md Johan Jamian dan Pengerusi Biro Pelajaran dan Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Roszaidi Ramlee.

Abdul Aziz berkata, dia juga mewakili ibu bapa yang tertekan akibat penangguhan berkenaan.

"Anak saya hilang semangat dan tidak mahu menduduki UPSR selepas kejadian berkenaan. Saya dan isteri terpaksa memujuknya," katanya.

Laporan polis berkenaan juga bertujuan menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap pihak yang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab supaya ia tidak berulang. -Hmetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab