Tuesday 25 June 2013

Penjelasan JPA mengenai "Kenaikan Gaji Penjawat Awam bermula 1 Julai"

Posted By: TTO Admin - 25.6.13
e penyata gaji, kenaikan gaji tahunan 2013
Merujuk kepada artikel Berita Harian bertarikh 20 Jun 2013 bertajuk “Kakitangan Awam Naik Gaji 1 Julai”, didapati bahawa terdapat beberapa kenyataan berkaitan Pekeliling Perkhidmatan Bil 5/2013 (PP 5/2013) – Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia adalah kurang tepat dan mengelirukan.

Penjelasan terhadap PP 5/2013 seharusnya menjelaskan bahawa eksesais ini adalah pemberian faedah pemindahan gaji dan bukannya eksesais kenaikan gaji. Amaun pemberian faedah pemindahan gaji ini adalah bersamaan dengan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan mengikut gred jawatan atau gred gaji masing-masing.

Selain itu, di perenggan akhir yang menyatakan “YAB PM dilaporkan berkata kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak menikmati kenaikan gaji tahunan” juga tidak menjelaskan maksud sebenar.

Sebenarnya, pemberian pemindahan gaji tersebut bersamaan dengan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan mengikut gred jawatan atau gred gaji masing-masing. Pelaksanaan ini adalah ekoran daripada keputusan kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan awam, penambahbaikan landasan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji yang akan diselesaikan sebelum 31 Disember 2013 bukannya disebabkan kedudukan seramai 182,434 pegawai berada di gaji maksimum pada tahun 2012 (bukan 2013 seperti yang dinyatakan pada fakta nombor dalam artikel).

Pasukan Komunikasi
Jabatan Perkhidamatan Awam Malaysia
21 JUN 2013

Sumber Bharian : Kakitangan Awam Naik Gaji 1 Julai
Sumber kenyataan JPA : Laman Web

Untuk Menyemak e penyata Gaji Penjawat Awam, hanya perlu ke laman web Jabatan Akauntan Negara (Klik disini) dan Pilih Butang E-Penyata Gaji & Laporan. Sistem yang cukup mudah.


*Penjawat awam seperti anak emas Kerajaan

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab