Wednesday 5 June 2013

Al-Fatihah kepada adik Syafiq Imran, Atlet Pelapis Sukan Berbasikal

Posted By: TTO Admin - 5.6.13
Gambar Basikal Mohd Syafiq Imran yang terperosok di bawah lori
KUALA TERENGGANU: Seorang atlet pelapis sukan berbasikal maut manakala dua yang lain cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu.

Kejadian berlaku berhampiran jambatan Kampung Gemuruh, Jalan Kelantan-Kuala Terengganu kira kira jam 9.30 pagi tadi. Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammmad Syafiq Imran Syahril berusia 15 tahun dari Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu.


Menurut Jurulatih Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan, Allahyarham dipercayai cuba mengelak lubang lalu tercampak ke kanan jalan bersama beberapa yang lain. Mangsa, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Padang Negara yang jatuh tidak sempat menyelamatkan diri kemudianya dilanggar sebuah lori dari arah bertentangan.

Manakala dua pelatih yang cedera adalah Ahmad Fikri Ahmad Faddli, 14 tahun dan Che Ku Mohd Nazmie Che Ku Romli, 19 tahun . Mereka di rawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebagai pesakit luar. Menurut Che Ku Mohd Nazmi, beliau bersama mangsa tercampak ke laluan sebelah.

Sekitar gambar lokasi kemalangan:




*Salam Takziah , buat keluarga adik Shafiq Imran. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal Soleh. Amin. Al-Fatihah




KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab