Friday 21 June 2013

Suami Isteri ditahan kerana membiarkan anak berumur 9 tahun memandu Ferrari

Posted By: TTO Admin - 21.6.13


Beberapa bulan yang lalu, video seorang kanak-kanak berumur 9 tahun memandu kereta Ferrari telah menjadi viral di Youtube. Ramai memberikan komen yang baik, tetapi turut menerima banyak kritikan mengatakan bahawa perbuatan itu tidak patut dan ibu bapa kanak-kanak tersebut meletakkan nyawa anak mereka dalam bahaya.

Mohammed Nisham, bapa kanak-kanak tersebut telah ditangkap oleh pihak polis atas dakwaan membiarkan anaknya memandu kereta justeru membahayakan nyawa anaknya. Beliau dibebaskan tidak lama selepas diikat jamin dengan 5,000 Rupiah (RM270).

Video itu telah dirakam oleh ibu kanak-kanak tersebut yang menunjukkan anaknya berumur 9 tahun sedang memandu Ferrari F430 bersama dengan adiknya berumur 5 tahun yang duduk di bahagian penumpang.

Bapa kanak-kanak tersebut mempunyai perusahaan tembakau yang berkembang maju dan perniagaan hartanah, dan dikatakan memiliki 18 kereta bernilai kira-kira RM12 juta.


Walaupun kereta Ferrari itu masih dalam tahanan polis, Ferrari itu dikatakan akan dikembalikan kepada keluarga Nisham selepas siasatan lanjut.

Sementara itu, ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak berasa malu walaupun selepas kejadian itu.

"Saya berbangga dengannya. Dia telah memandu sejak berusia 5 tahun "kata ibunya, Amal Nisham.

Ibunya turut berkata anaknya itu juga telah memandu Lamborghini dan Bentley serta kereta-kereta mewah lain milik mereka. Menurutnya lagi, hari tersebut adalah hari jadi ke 9 tahun untuk anaknya dan anaknya telah telah meminta untuk membiarkan dia memandu kereta. Sebab itulah mereka membenarkan anaknya untuk berbuat demikian.

"Dia adalah seorang pemandu yang berhati-hati dan yakin," katanya. "Tidak mudah untuk seorang kanak-kanak mencapai apa-apa pencapaian sebegitu pada usia muda seperti dia" katanya.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab