Thursday 27 June 2013

Gambar & Video, Pesta maksiat dan menari ghairah bermandikan buih

Posted By: TTO Admin - 27.6.13
Gambar Pesta Buih


Pesta buih dan tarian ghairah maksiat
Pesta buih dan tarian ghairah maksiat
Pesta buih dan tarian ghairah maksiat
Pesta buih dan tarian ghairah maksiat


Video Serbuan Pesta Buih di KL



Berita Penuh

Kuala Lumpur: Tiga pelajar perempuan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sepatutnya memanfaatkan cuti hujung minggu mengulang kaji pelajaran, namun memilih untuk bermandi buih di sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng, di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kelekaan tiga pelajar terbabit menari ghairah di dalam sebuah kolam disediakan penganjur membawa padah apabila mereka antara 47 yang ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi, JAWI yang menerima maklumat awam mengenai parti dinamakan Pesta Buih Artis Malaysia menyerbu premis yang dihadiri pelajar sekolah, pasangan gay dan kekasih dan beberapa individu dipercayai selebriti beragama Islam.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, ketika serbuan, mereka asyik berpesta dan menari sambil mandi buih dengan berpakaian menjolok mata.

Menurutnya, hasil pemeriksaan 38 lelaki dan sembilan wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan.

“Serbuan dengan kerjasama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menahan dua pemilik premis berkenaan yang bersubahat menggalakkan maksiat bagi membantu siasatan.

“Kami terlebih dulu membuat risikan selama 13 jam sebelum serbuan dijalankan dan mendapati premis terbabit dikunjungi ramai pengunjung beragama Islam,” katanya.

PENGUNJUNG Islam yang ditahan ketika mandi buih.

Wan Jaafar berkata, pihaknya kecewa sejurus mendapati tiga pelajar sekolah turut terbabit dengan pesta buih yang bercampur lelaki dan perempuan.

“Kebanyakan mereka ditahan mengikut Seksyen 35 kerana menggalakkan maksiat dan ada pengunjung disiasat mengikut Seksyen 29 kerana berkelakuan kurang sopan.

“Mereka yang disabitkan kesalahan berkelakuan kurang sopan boleh didenda RM1,000 manakala Seksyen 35 boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan,” katanya.

Beliau berkata, mandi-manda tidak menjadi masalah, namun pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dengan berpakaian menjolok mata salah di sisi agama. Difahamkan, ketika serbuan beberapa selebriti dalam perjalanan ke premis terbabit, namun sejurus mengetahui operasi sedang dijalankan mereka berpatah balik.

Menurut sumber, pesta itu dianjurkan secara tertutup kepada kenalan dan pengunjung tetap yang mempunyai tiket khas.

“Pesta ini dianjurkan setahun dua kali iaitu pada Jun dan Disember,” katanya.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab