Friday, 28 February 2014

2 pemilik akaun Facebook maut kemalangan selepas update status yang sama! Kebetulan?

Posted By: TTO Admin - 28.2.14


Kebetulan atau suratan? Itulah pertama kali menyedari status dimuatnaik oleh dua pemilik facebook yang maut kemalangan adalah status yang sama!

Seperti yang TengokTVOnline laporkan, dalam bulan ini sahaja tiga individu iaitu pemilik Facebook bernama Tengku Joe, Dieba Yatz Min dan Eyja ReLa (Klik nama) yang maut dalam kemalangan telah menunjukkan tanda-tanda dengan memuat naik status "kematian" di akaun masing-masing. Ketiga-tiganya juga maut ketika menunggang motosikal!

Namun, agak mengejutkan apabila Status Tengku Joe dan Eyja ReLa adalah status yang sama!



" Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku."

Mesti anda meremang bila mengetahui perkara ini bukan? ramai memberi komen di facebook TengokTVOnline yang menyedari akan perkara itu. Ada yang cuba menimbulkan ketakutan dengan mendakwa ayat tersebut seakan "ayat berantai"! Sebagai umat Islam, kita tidak boleh mempercayai perkara seperti itu kerana ajal dan maut di tangan tuhan.

Mungkin kejadian ini hanyalah satu kebetulan. Dan ayat tersebut juga mungkin ayat yang di Copy & Paste dari sumber yang sama di dalam Internet. Namun, setelah kejadian seperti ini berlaku, beranikah anda Copy & Paste ayat itu di profile Facebook anda sendiri???

Qi Razali: Padam gambar tak apa, asal jangan padam saya dari hati Nelydia

Posted By: TTO Admin - 28.2.14

Kontroversi kekasih hati Qi Razali memadam gambarnya di akaun Instagram tidak berhenti setakat ini. Ketika diajukan pertanyaan ketika diminta mengulas perkara itu, ini jawapan Qi:

"Saya tak tahu kenapa gambar-gambar saya dipadamkan daripada akaun Instagram dia. Saya rasa pastinya ada sebab-sebab yang tersendiri. Mungkin dia mahu menjaga perasaan saya. Saya tak kisah mengenai gambar tersebut. Bagi saya, padamkan gambar tak mengapa, asalkan jangan padam saya dari hatinya,"

Qi yang kini telah berusia 37 tahun turut menjelaskan hubungan cinta yang terjalin antara mereka masih berjalan seperti biasa.

"Status saya dengan dia masih macam biasa, tiada apa yang berubah. Kalau jodoh kami panjang, perkahwinan adalah destinasi seterusnya buat kami. Saya faham, Nelydia ada komitmen dia sendiri. Jadi perancangan untuk berkahwin itu mungkin dalam masa setahun lagi. Namun begitu, saya tidak pernah mahu kongkong kerjaya Nelydia," ujar mantan pengacara 'Jalan-Jalan Cari Makan' ini.

"Saya juga kena fikir, sama ada nak melebihkan perasaan saya sendiri ataupun impian dia yang masih panjang. Takkan sebab sikap cemburu saya, boleh menghalang impian dan bakat Nelydia? Saya mahu dia pergi sejauh mungkin kerana bakatnya memang dalam bidang lakonan. Bakatnya besar, jadi saya tidak akan menghalang perjalanan kariernya," ujar Qi lagi.


Malah, Qi ketika ditanya mengenai pelakon kacak Sharnaaz Ahmad yang dikaitkan dengan kekasih hatinya, beliau menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengannya.

"Saya dengan Sharnaaz okay sahaja. Kami tiada apa-apa masalah. Saya juga tidak mempunyai apa-apa masalah jika Nelydia mahu digandingkan dengan Sharnaaz sekali lagi atau dengan sesiapa pun. Nelydia pun tiada masalah apabila saya mahu digandingkan dengan sesiapa. Kami berdua harus bersikap profesional," - Kredit: Gua.my

Tabiat pelik pasangan suami isteri terbongkar, telur rebus tersekat dalam #kemaluan

Posted By: TTO Admin - 28.2.14

Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan #seks dengan suaminya.

Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.

Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam #kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan #seks.

Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.
Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat-lompat tetapi gagal juga.

Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi.

“Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital,” katanya. - AGENSI

FASA 2 (MAC): Senarai Kawasan & Tarikh Catuan Air Negeri Selangor

Posted By: TTO Admin - 28.2.14

PERHATIAN: Pengumuman mengenai fasa kedua pelaksanaan catuan air dibuat oleh Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Kassim pada sidang media di sini, Jumaat.

Catuan tersebut berikutan pengurangan jumlah air yang dilepaskan dari empangan Selangor dan Klang Gate empangan, yang disebabkan oleh tahap simapanan air rendah.

Enam daerah yang terlibat adalah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Daerah-daerah itu akan dibahagikan kepada dua zon, setiap zon mengambil giliran untuk menerima bekalan air selama dua hari.


TARIKH CATUAN MENGIKUT ZON
  • Hijau: Ada Air
  • Kuning: Tiada Air
* Zoom Jadual



JADUAL KAWASAN MENGIKUT ZON

* Zoom Jadual






#TEKAN butang LIKE & SHARE untuk makluman kepada keluarga dan rakan anda!

Status sayu Biker dalam Facebook seolah duga ajal tiba (6 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 28.2.14

Status sayu pemilik Facebook Tengku Joe akhirnya menjadi kenyataan apabila motorsikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya pagi tadi.

Status Arwah Mohd Anis sehari sebelum kemalangan itu seakan-akan seperti petanda kedatangan ajalnya. Beliau merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di Jabatan Imegresen, Alor Setar, Bahagian Forensik bersama-sama UPP di Sempadan Bukit Kayu Hitam.

" Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku." -Tengku Joe



Komen rakan Mohd Anis

"Ya Allah...baru je sembang dgn arwah ttg syiah kat malaysia...Allah.lebih sayangkan dia..mmg terasa lately.byk posting ttg dakwah..arwah pergi di hari jumaat yg mulia..semoga dtempatkan di kalangan hamba2Nya yg soleh dan ditemptkan tempatmu di Jannah...ameen..." -Syful Whb


Kejadian yang sama dalam sebulan

Dalam bulan ini sahaja, terdapat dua kejadian yang sama berlaku. Arwah Adiba Yasmin Ahmad dan Arwah NorFaezah juga merupakan mangsa kemalangan maut telah memuatnaik status "kematian" di dalam akaun Facebook masing-masing seakan-akan menduga ajal mereka telah tiba. -TengokTVOnline. 


*Jenazah akan dikebumikan selepas solat asar di Masjid Al Raudah Perlis.

**Semoga Arwah Mohd Anis, Adiba Yasmin dan NorFaezah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah




Kredit pic: Daily Traffic Report

Respon Qi Razali kekasih Nelydia buang gambarnya dalam Instagram

Posted By: TTO Admin - 28.2.14
Semakin hangat kontroversi percintaan antara Qi Razali dan Nelydia Senrose. Satu demi satu gosip yang diterima oleh pasangan ini.

Terbaru, ramai peminat pelakon jelita Nelydia Senrose merasa hairan dengan ketiadaan sekeping pun gambar berdua bersama kekasih hatinya, Qi Razali di dalam akaun Instagram beliau. Maka gosip keretakan hubungan mereka bertiup kembali. 

Ekoran menyedari perkara itu, peminat yang mahukan penjelasan telah mengajukan pertanyaan di akaun Instagram Qi Razali pula.

"Please... kami letak gambar pun nak share je. Jangan jadikan Instagram sebagai pengukur kehidupan reality yang peribadi. Cukup sekadar mendoakan kebahagiaan. Takyah berkasar bahasa." Jawab Qi.


Ramai peminat mengaitkan perkara ini berlaku kerana hubungan rapat antara Nely dan Sharnaaz Ahmad. Dengan gambar-gambar mesra serta kenyataan romantik Sharnaz terhadap Nelydia Senrose beberapa minggu lalu, menguatkan lagi gosip hangat tersebut. -TTO

Suami belasah lelaki angkara cemburu bini dijeling depan bank di Cheras

Posted By: TTO Admin - 28.2.14


Kuala Lumpur: Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak memukul seorang lelaki yang didakwa memandang isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.

Menurut sumber, dalam insiden itu, lelaki terbabit mengaku dirinya gengster di kawasan berkenaan dan turut mengambil alat pembuka skru tayar di dalam kenderaannya sebagai ugutan untuk memukul mangsa.



“Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu, namun lelaki itu terus memukul mangsa selain turut meludah ke arah mangsa sebelum beredar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang tadi (semalam).

“Pihak kami akan menjalankan kawad cam sebelum suspek dituduh di mahkamah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat, “katanya. - Harian Metro

Jawapan Awal Ashaari tinggalkan Melodi!

Posted By: TTO Admin - 28.2.14

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menafikan gosip kononnya dia tidak lagi menjadi pengacara program hiburan popular Melodi seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, berkata, dia terkejut dengan khabar angin itu dan berasa pelik apabila mendapat tahu perkara itu daripada pihak lain dan bukannya daripada produksi program terbabit.

"Jika betullah khidmat saya tidak lagi diperlukan dalam Melodi sudah tentu pihak produksi memberitahu saya awal-awal.

"Saya juga mendapat tahu kononnya ada beberapa pelakon yang sudah menjalani uji bakat sebagai pengacara Melodi tetapi apabila ditanya kepada pihak produksi mereka menafikan tentang hal itu," katanya.

Batu-baru ini Awal dikatakan bakal meninggalkan Melodi selepas pihak produksi mendapat pengganti baharu di mana hos tersebut merupakan seorang pelakon wanita yang dikenali.

Penukaran hos itu dilakukan kononnya Awal gagal mengacara program tersebut selain mempunyai masalah disiplin kerja.

Bagaimanapun tambah Awal, dia menyifatkan berita tersebut sekadar khabar angin kosong yang hanya dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak berpuas hati dengan dirinya.

Malah sebagai bukti masih kekal bersama Melodi, Awal berkata, dia kini telah menyambung kontraknya sebagai hos program itu selama setahun.

"Alhamdulillah, rezeki di Melodi masih di pihak saya. Malah saya telah disambungkan kontrak selama setahun lagi.

"Saya tahu, menjadi pengacara Melodi bukannya mudah kerana tanggungjawab dan risikonya sangat tinggi.

"Apalagi apabila membabitkan berita-berita sensasi, ada rakan-rakan artis yang tidak mahu berkawan dengan saya lagi gara-gara kisahnya keluar dalam Melodi. Sedangkan saya sekadar menjalankan tugas sebagai sahaja," ujarnya.

Selain Awal, Melodi juga dikendalikan oleh pelawak Zizan Razak. - mStar

INFORMASI: Bagaimana memohon PR1MA 2014 (FAQ)

Posted By: TTO Admin - 28.2.14

1. Apakah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA?
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat. 
  • Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM7,500. 
  • Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah. 
  • Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA. 

2. Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya?

Ya, anda boleh mendaftar.

3. Jika saya di Malaysia tetapi isteri saya berada di luar negara, adakah kami layak untuk mendaftar?

Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM7,500.


PENDAFTARAN

1. Bagaimanakah mendaftar untuk kediaman PR1MA?

Pendaftaran boleh dilakukan secara online di laman web rasmi PR1MA di www.pr1ma.my.

2. Adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar kediaman PR1MA?

PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA.

3. Adakah pasangan saya perlu mendaftar sekiranya saya telah mendaftar untuk kediaman PR1MA?
Setiap pasangan perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika anda sudah berkahwin, sertakan butiran pasangan anda dalam borang pendaftaran.

4. Saya akan berkahwin tidak lama lagi. Perlukah saya memohon sebagai individu atau pasangan?
Anda boleh memohon sebagai individu buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, untuk permohonan dan cabutan undi, anda perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti butiran diri pasangan anda.

5. Berapa kerap saya perlu mengemas kini profil saya?
Anda perlu mengemas kini maklumat anda di dalam sistem pendaftaran PR1MA jika terdapat sebarang perubahan.

6. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah semasa membuat pendaftaran?
Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7962 4374 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang). Anda juga boleh e-melkan ke info@pr1ma.my

7. Terdapat kesilapan IT di bahagian pendaftaran di laman web PR1MA. Apa yang perlu saya lakukan?

Sila e-melkan paparan skrin (screen shot) ke pihak PR1MA ke info@pr1ma.my

8. Di manakah saya boleh melihat senarai dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran PR1MA?

Rujuk maklumat di dalam laman web http://www.pr1ma.my/how-to-apply.php?required_documents=1

9. Saya tidak boleh mendaftar kerana Kad Pengenalan saya telah digunakan di dalam sistem. Apa yang perlu saya lakukan?

Hubungi kami di 03-7962 4374 dari jam 9:00 pagi – 6:00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang) maklumkan kepada PR1MA ke info@pr1ma.my.

10. Bagaimanakah jika saya terlupa kata pengguna/kata laluan?
Anda boleh dapatkan semula dengan mengklik di sini https://register.pr1ma.my11. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan PR1MA?


Anda perlu menghantar:

i. Salinan kad pengenalan (KP)
ii. Slip gaji atau penyata bank terkini


PEMBANGUNAN PRIMA

1. Adakah kediaman PR1MA pegangan kekal atau pegangan pajakan?

Ia bergantung kepada hak milik (“pemilik”) tanah pada setiap pembangunan PR1MA.

2. Di manakah lokasi pembangunan PR1MA?

Pembangunan PR1MA terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.

3. Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran & harga kediaman PR1MA?

Sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.

4. Berapakah harga kediaman PR1MA?
Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.

5. Apakah saiz-saiz kediaman PR1MA?

Secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 1,400 kps hingga 1,700 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 670 kps hingga 1,300 kps.

6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Panggilan 03-7962 4374

Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang)

atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang)

E-mel: info@pr1ma.my : SUMBER: http://www.pr1ma.my/faq.php

Thursday, 27 February 2014

Punca "Bibik" kelar lehar dua beradik sampai mati didedahkan!

Posted By: TTO Admin - 27.2.14

Sungai Buloh: “Dia (pembantu rumah) memang rapat dan sangat menyayangi anak-anak, malah hubungan dengan ahli keluarga yang lain juga tiada masalah kerana kebolehannya berbahasa Mandarin,” kata bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan Melvin, Selvan Joseph yang ditemui mati akibat dikelar pembantu rumah keluarganya di Taman Sri Putra, di sini kelmarin.

Selvan, 44, yang ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh berkata, dia tidak menyangka pembantu rumah yang dipanggil Agnes itu tergamak membunuh anaknya yang masih kecil bersama anak tirinya, Koay Jia Hong, lima tahun.

“Saya masih tidak dapat menerima berita sedih ini dan masih tertanya-tanya punca Agnes bertindak demikian. Tolong beri saya masa untuk bertenang,” katanya yang mengulas lanjut.

Ditanya kemungkinan pembantu rumah itu didera dan melakukan perkara itu untuk membalas dendam, Selvan hanya memberitahu dia tidak tahu kerana sudah setahun tinggal berasingan dengan isterinya yang menjaga kedua-dua kanak-kanak berkenaan.

“Saya tinggal bersama keluarga di kawasan berhampiran, manakala isteri dan anak-anak pula tinggal bersama keluarganya di rumah itu termasuk dua adiknya. Saya difahamkan, sehari sebelum kejadian ini mereka ada keluar makan bersama-sama,” katanya yang bertugas sebagai perunding teknologi maklumat.

Siasatan polis mendapati pembantu rumah berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan mula bekerja dua tahun lalu menggantikan rakannya iaitu bekas pembantu rumah keluarga terbabit.

Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan hidupnya yang tidak bebas dan sentiasa ‘berkurung’ di dalam rumah itu berikutan tiada pengenalan diri selain merindui dua anaknya di kampung. 

Dua kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar dengan pisau berasingan hingga mati oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu yang berusia 30-an.

Pegawai Kedutaan Besar Indonesia, Dino Nurwahyudin berkata, pihaknya akan bekerjasama bagi mengenal pasti identiti wanita itu sebelum memaklumkan kepada keluarganya. -Harian Metro

Gambar Sharnaaz buat pemeriksaan otak, LULUS dengan HENSEMnya!

Posted By: TTO Admin - 27.2.14
Perghhh... Sharnaaz menjawab sindirian Fauzi Nawawi yang menyuruhnya membuat pemeriksaan otak ekoran dakwaan sikap kasar Sharnaaz terhadap isterinya(Baca sini) dengan cara yang tak disangka-sangka!. 

Sharnaaz memuatnaik gambar hasil MRI MRA ke dalam akaun Instagramnya. Tulis Sharnaaz:

Saya dah buat MRI MRA.. Scan otak pun dah.. Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM.. Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss


Hasilnya? Sharnaaz LULUS dengan jayanya!


Tak sangka dalam dakwaan sikap kasar dan ganas oleh Fauzi Nawawi terhadap Sharnaaz, rupa-rupanya Abang Jebat kita ni pandai melawak. Kan dah terkena!

Pasangan kekasih maut motor dirempuh. Teman wanita update status kematian dalam Facebook

Posted By: TTO Admin - 27.2.14

Sungai Petani: “Saya melihat sebuah kereta berpusing-pusing akibat hilang kawalan lalu melihat satu objek melayang dan terhempas atas jalan. Ketika itu, saya baru sedar dia rakan wanita yang baru ditemui sebelum itu.”

Begitu kata Sohimi Fatah, 24, rakan kepada pekerja kilang, Azwan Shah Ishak, 25, dan teman wanitanya, Norfaezah Budiman, 21, yang maut apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta di Kilometer 56, Jalan Alor Setar-Butterworth, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 2.45 pagi mengakibatkan Norfaezah mati serta-merta di tempat kejadian, manakala teman lelakinya meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada jam 10.30 pagi selepas bertarung nyawa lebih tujuh jam.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa baru selesai menikmati nasi lemak, dalam perjalanan dari arah Bandar Sungai Petani menuju ke Legenda Height, manakala kereta PROTON Wira yang dipandu seorang anggota polis dari arah sama.


Sekumpulan pemuda menyerang anggota polis yg tidak bertugas kerana melanggar Norfaezah Budiman dan teman lelakinya semalam 

Status Facebook Norfaezah seolah duga kedatangan ajal

"Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah." "Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.”


Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya. Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani. 

Ibu mangsa, Sarina Abu Othman, 49, dari Flat Paya Nahu berkata, anak kedua dari enam beradik itu sempat berpesan supaya ibu menjaga bapa selain adik bongsu berusia tujuh tahun sebelum beredar ke rumah sewanya tidak jauh dari situ.

“Dia peluk saya, belai dan sandar di badan saya, apabila ditolak, dia kata biarlah dia nak bermanja dan meminta saya jangan ke mana-mana serta menemaninya,” katanya.

Sebelum pulang ke rumah sewa, Norfaezah ada memberi RM5 kepadanya dengan berkata, duit berkenaan untuk kegunaan ibunya ke tempat kerja. Sarina berkata, sebelum pulang, dia seolah-olah melihat lambaian Norfaezah kelihatan sayu dan rupa-rupanya itu petanda ajal dia akan pergi buat selama-lamanya.

Bagaimanapun, katanya dia terkilan kerana Norfaezah ada meminta supaya dia menghantar makanan tengah hari kepadanya kelmarin ketika sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit namun tidak dapat berbuat demikian kerana tiada kenderaan.

Kredit: Harian Metro/Sinar Harian

5 Gambar lelaki gantung diri kerana selepas bergaduh dengan Kekasih!

Posted By: TTO Admin - 27.2.14


Georgetown: Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di pokok berhampiran sebuah kilang di Zon Industri Bebas (FIZ), Bayan Lepas jam 8 pagi tadi.

Mangsa yang berusia lingkungan 20-an dan berasal dari Nepal sebelum itu dikatakan berjumpa dengan teman wanitanya selepas selesai kerja di kilang berhampiran.

Bagaimanapun, mereka dikatakan bergaduh sebelum lelaki terbabit nekad menggantung diri di pokok kerana terlalu kecewa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang kemudian membuat laporan polis.

"Siasatan awal mendapati mangsa kecewa dengan teman wanitanya dan mengambil tindakan membunuh diri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat mangsa sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya -Harian metro






Kisah sebenar mayat berbalut kain kafan ditinggal di tepi jalan (6 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 27.2.14

Kisah Sebenar penemuan Mayat berbalut kain kafan ditinggal ditepi jalan

Kehadiran satu mayat lelaki dalam keadaan berbungkus dengan kain cadar di tepi Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini semalam menimbulkan tanda tanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Superintendan Azman Abd. Lah, mayat yang dipercayai warga asing itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu sekitar jam 8.45 pagi.

"Ketika ditemui, mayat itu dibungkus dengan sehelai cadar bercorak bunga warna ungu cair. Bahagian kepala dan kaki mayat itu diikat seolah-olah sudah dikafankan."

Tambah Azman, berdasarkan kepada mayat yang masih sempurna dengan hanya mulut berbuih, mangsa mungkin baru meninggal dunia semasa ditemui pagi tadi.

"Polis tidak menolak kemungkinan, lelaki itu mati di tempat lain tetapi mayatnya diletakkan di situ. Polis juga tidak menemui sebarang dokumen bersama mayat tersebut."

Azman turut memberitahu, pemeriksaan polis pada mayat yang tidak memakai pakaian itu tidak menemui kesan kecederaan di badan mangsa.

Justeru, polis setakat ini mengklasifikasi kematian mangsa sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.






Mulai 2015, BR1M 4.0 ditambah RM300 kepada yang layak!

Posted By: TTO Admin - 27.2.14


Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas yang menyaksikan bayaran tambahan RM300 kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini bermakna jika penerima sekarang menerima RM650, RM450 dan RM250, pada 2015 wang bantuan itu akan meningkat kepada RM950, RM750 dan RM550.

Pemberian wang tambahan itu telah dimuktamadkan semasa Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Wang sebanyak RM300 ini adalah bantuan khas berikutan pelaksanaan GST," katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, rang undang-undang berhubung akta GST akan dibentangkan di Parlimen pada Mac ini oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah.

"Rang undang-undang itu dijangka didebat dan diharap selesai pada Mac ini supaya Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) juga dapat dimansuhkan menjelang pelaksanaan GST.

"Pemansuhan SST itu melibat cukai jualan 5.0 peratus dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6.0 peratus," katanya.

Setakat ini undang-undang berkenaan masih dalam penelitian peringkat akhir oleh Peguam Negara. - MalaysiaGazette

Pengakuan anak perempuan membuatkan pasangan Malaysia di Sweden sedih

Posted By: TTO Admin - 27.2.14
Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.

"Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya," kata Aishah.

Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.

Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Aishah, 14, (kiri) dan Ammar bersalam dengan ibu saudara mereka Norshalena Norshal (kanan) ketika hari pertama memulakan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala di Kota Baharu.- fotoBERNAMA
Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.

Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah.

"Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50.

"Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal," kata Aishah.

Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa 'marah dan sedih', sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden.

Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan. -mStar

Kajian terbaru: Kanak-kanak diberi susu ibu lebih mudah dapat penyakit lelah

Posted By: TTO Admin - 27.2.14

Satu kajian terbaru mendapati kelebihan susu ibu telah diperbesar-besarkan.

Satu perbandingan antara adik beradik yang diberi susu ibu dan susu botol memberikan bayangan yang susu ibu tidak lebih baik dari susu botol untuk kesihatan kanak-kanak dalam jangka panjang.

Dr Cynthia Colen dari Universiti Ohio State berkata, dapatan kajiannya bukanlah bermaksud untuk mencabar idea sedia ada, tetapi untuk mengelakkan ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan anak mereka sendiri dari berasa didiskriminasikan.

Mereka yang mempromosikan bahawa ‘susu ibu adalah terbaik’, sering menyatakan bahawa susu ibu mencegah pelbagai penyakit, antaranya obesiti, alergi, lelah dan kencing manis.

Bagaimanapun, menurut kajian Dr Colen, kanak-kanak yang diberi susu badan tidak menunjukkan sebarang kelebihan berbanding kanak-kanak yang diberi susu botol.

Ia tidak menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu badan tidak cenderung untuk tidak obes dan juga tidak menunjukkan peningkatan dari segi akademik berbanding kanak-kanak yang diberi susu botol.

Dr Colen turut mendakwa yang kanak-kanak yang diberi susu ibu juga lebih cenderung untuk mendapat penyakit lelah berbanding yang diberi susu botol. Katanya:-

Kebanyakan kajian sebelum ini memilih subjek secara berat sebelah. Sama ada mereka tidak mengambil kira atau tidak boleh mengambil kira secara statistikal: faktor-faktor seperti umur, bangsa, pendapatan isirumah, pekerjaan ibu–di mana semua ini memberi kesan kepada penyusuan badan dan kesihatan.

Dr Colen berkata adik beradik yang diberi susu botol menunjukkan tahap kesihatan yang sama dengan yang diberi susu ibu dalam jangka panjang.

Ibu yang mempunyai pendapatan dan pendidikan yang lebih tinggi, serta lebih fleksibiliti dalam jadual seharian adalah lebih cenderung untuk menyusukan sendiri anak mereka pada jangkamasa yang lebih lama.

Pihak berwajib biasanya mengesyorkan anak diberi susu badan selama enam bulan. Tambah Dr Colen:

Saya tidak mengatakan yang menyusu badan tidak ada faedah untuk bayi baru lahir bagi memberikan nutrisi dan imuniti. Tetapi jika kita ingin memperbaiki kesihatan ibu dan anak, kita patut fokus kepada perkara yang benar-benar boleh berbuat begitu untuk jangka panjang, seperti pendidikan awal kanak-kanak bersubsidi, polisi cuti bersalin yang lebih baik dan lebih peluang pekerjaan kepada ibu-ibu yang berpendapatan rendah dan perlu membiayai kehidupan, sebagai contoh.

Dia mendapatkan data dari kajian tahun 1979 oleh Kajian Longitudinal Belia Kebangsaan British, satu sampel yang mewakili lelaki dan wanita muda secara nasional.

Dia menganalisa sejumlah 8,237 orang kanak-kanak yang terdiri dari 7,319 adik beradik dan dari situ, 1,773 ialah pasangan adik beradik, di mana seorang diberi susu ibu dan seorang lagi diberi susu botol.

Kajian itu mengukur indeks jisim badan (BMI), obesiti, lelah, aktiviti hyper, kebergantungan pada ibu bapa serta sikap dan skor yang meramalkan pencapaian akademik dari segi daftar kata, pembacaan, matematik, kebijaksanaan dan kebolehan untuk bersaing.

Dapatan menunjukkan kanak-kanak yang diberi susu ibu menunjukkan hasil yang lebih baik dari segi BMI, aktiviti hyper, matematik, pembacaan, mengenal pasti perkataan dalam daftar kata, mengingat semula digit, kebolehan akademik dan obesiti.

Bagaimanapun, apabila dibandingkan dengan adik beradik sendiri yang diberi susu botol, skor kanak-kanak yang diberi susu ibu tidak begitu berbeza, yang menunjukkan bahawa sebarang perbezaan yang didapati hanyalah secara kebetulan.

Pengkaji mempercayai yang adik beradik yang diberi susu badan berkemungkinan menunjukkan kelebihan kerana faktor-faktor lain, seperti status sosio-ekonomi.

Dapatan yang paling mengejutkan ialah, kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit lelah.

(Bagaimanapun, ini mungkin kerana data yang didapati bergantung kepada sama ada subjek mengatakan mereka ada penyakit lelah, bukannya didiagnos secara formal mempunyai penyakit lelah.)

Dr Colen berkata lagi:

Kami tidak membandingkan antara keluarga, sebaliknya ahli-ahli dalam keluarga itu sendiri dengan mengambil kira sepenuhnya ciri-ciri seperti pendidikan ibu bapa, pendapatan isi rumah dan bangsa/etnik.

Sekiranya menyusu badan tidak mempunyai impak yang seperti kita jangkakan dalam jangka panjang, walaupun menyusu badan sangat penting untuk jangka pendek, kita patut fokus pada perkara lain seperti kualiti persekolahan, perumahan yang memuaskan dan pekerjaan ibu bapa semasa anak membesar.

Kita patut melihat dengan lebih teliti kepada masa selepas tahun pertama kehidupan anak-anak dan memahami bahawa menyusu badan mungkin sukar atau mustahil dilakukan oleh sesetengah wanita.

Daripada kita menyalahkan mereka, kita patut lebih realistik tentang apa yang sebenarnya boleh dilakukan oleh susu ibu dan apa yang tidak boleh ia lakukan.


Laporan asal: Dailymail UK/AmazingNara

Pengakuan suami, saat isteri mengandung terlanjur dengan amah

Posted By: TTO Admin - 27.2.14
"Sudah hampir lima tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan tak bermaya. Bagaimanapun, keadaan berbeza apabila saya melihat perempuan lain.

Saya yakin masalah ini berpunca daripada silap saya sendiri yang curang dengan pembantu rumah hingga menyebabkan wanita dari seberang itu menggunakan ilmu hitam untuk merosakkan rumah tangga saya. Ini bukan tuduhan melulu kerana saya ada beberapa petunjuk dan bukti berasas.

Mulanya saya sangka menghadapi masalah lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Namun, pemeriksaan mengesahkan saya tidak mengalami sebarang masalah seksual.

Berikutan itu saya dan isteri berbincang dengan anggota keluarga dan mereka mencadangkan saya mencuba perubatan secara Islam kerana mungkin ada orang menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangga kami.

Gambar Hiasan
Selepas berubat di pusat rawatan Islam, kami terkejut apabila ustaz memberitahu saya mungkin terkena sihir dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.

Selepas dimaklumkan begitu, saya terus teringat ketika isteri melahirkan anak lima tahun lalu, saya mengambil seorang pembantu rumah untuk menguruskan rumah sepanjang dia dalam pantang.

Sepanjang dua bulan amah berusia 30-an itu bekerja, saya pernah terlanjur dengan wanita itu selepas tidak tahan dengan godaannya. Kami berzina ketika isteri tiada di rumah kerana pergi melakukan urutan selepas bersalin dengan bidan.

Layanan amah itu kepada saya memang baik. Setiap kali pulang kerja, dia akan menyambut saya dan menyediakan minuman biarpun saya tidak meminta.

Walaupun terlanjur, saya langsung tiada niat untuk berkahwin dengannya. Saya perasan dia ada me*ngambil air manii saya selepas kami melakukan hubungan haram itu tapi tidak mengesyaki apa-apa.

Selepas isteri habis pantang, saya terus memberhentikan amah berkenaan kerana bimbang rahsia kami terbongkar hingga menyebabkan rumah tangga kami bergolak. Saya menyesal dan bertaubat kerana berzina de*ngan amah itu selepas tidak tahan dengan godaannya.

Ustaz yang mengubati mengesyaki saya terkena ilmu sihir yang dilakukan melalui pemujaan air manii dan masalah dingin terhadap isteri mula saya alami sebaik saja memberhentikan pembantu rumah itu.

Sebenarnya bukan saya tidak bernafsu terhadap wanita tetapi apabila melihat isteri, saya memandangnya seolah-olah melihat seorang lelaki menyebabkan saya langsung tiada nafsu terhadapnya.

Sebelum ini saya sudah beberapa kali mencuba perubatan moden termasuk mengambil pil perangsang lelaki tapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Bagaimanapun, saya menyembunyikan kecurangan saya daripada isteri kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap rumah tangga kami. Saya kini makin pulih tetapi masih meneruskan rawatan lanjut”

*Semoga menjadi iktibar untuk suami diluar sana

4 Gambar Ngeri 4 penuntut UTAR maut kereta Viva hampir putus rempuh lori

Posted By: TTO Admin - 27.2.14

Gopeng : Empat pelajar maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu kereta model PERODUA Viva dipercayai dari Ipoh menghala ke Kampar hilang kawalan sebelum merempuh lori membawa muatan tar.

Difahamkan kesemua mangsa ialah penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) -Bharian/BOMBA


Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab