kredit gambar, Faisol
"Bawa watak sebagai muslim, saya bukan sekadar berlakon. Tapi dalam masa sama saya juga dapat belajar sikit sebanyak tentang agama Islam. Malah sebelum masuk ke set, kalau ada babak berdoa, saya selalu tanyakan kepada pengarah dan kru produksi kenapa saya kena lakukan macam tu, supaya nanti saya tak salah sampaikan mesej.
"Saya bersyukur dapat mainkan watak ni. Kalau sekiranya nanti kawan-kawan saya yang bukan beragama Islam ada bertanya tentang apa-apa yang berkaitan dengan Islam, saya boleh tolong jawabkan setakat mana yang saya tahu dan faham.
"Siapa tahu, kalau lakonan saya juga boleh buka hati orang bukan Islam untuk memeluk Islam", katanya ketika ditemui pada Tayangan khas 'Ariana Rose' sempena Drama Festival KL, bertempat di pusat membeli belah One Utama, petang semalam.
Keith berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi apabila ada segelintir pihak mempertikaikan lakonan dalam drama bersiri terbitan Pena Creative itu.
Ini kerana, watak tersebut adalah seorang yang beragama Islam dan memerlukannya bersolat serta membaca Al-Quran dan perkara ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak memandangkan Keith bukan seorang yang beragama Islam.
Menurut jejaka yang semakin fasih berbahasa Melayu ini lagi, agama Islam sebetulnya bukan lah asing bagi dirinya. Bahkan sebelum ini, sewaku kerjaya lakonannya tertumpu di Indonesia, dia pernah beberapa kali membawakan watak sebagai orang Islam.
Selain tu Keith juga berkata, agama Islam bukan sesuatu yang baru dalam keluarganya kerana kakaknya seorang mualaf.
"Semasa di Indonesia, saya juga pernah bawakan watak orang Islam dalam beberapa telemovie. Tapi sebelum melakonkan watak tersebut saya banyak bertanya tentang banyak perkara kepada ramai orang kerana saya tahu ia satu isu yang sensitif.
"Kakak saya pun sebenarnya seorang mualaf. Jadi agama Islam tidak lah asing dalam keluarga saya sebab kami dah biasa melihat cara hidup kakak dan abang ipar saya", katanya.
p/s: semoga mendapat hidayah daripadaNya
KONGSI
& Komentar
Tweet