Mangsa yang maut dikenali sebagai Alsaggof Sadi, 35, seorang pekerja kontrak dari Kampung Sebandi Matang, Asajaya.
Kejadian berlaku sekitar pukul 6.15 petang ketika mangsa dan rakannya Ismawi Razali, 35, memberhentikan motosikal mereka di sebuah pondok di sepanjang lebuh Kuching-Samarahan untuk berteduh dari hujan lebat.
Mereka dikatakan telah menunggu keadaan hujan reda selama sejam - dengan Alsaggof berdiri sedikit terkeluar dari pondok tersebut apabila tragedi berlaku.
Pengguna jalan raya yang melalui tempat kejadian ternampak kedua-dua mangsa terbaring namun pada mulanya takut untuk mendekati mereka.
Selepas memberanikan diri, mereka mendapati Alsaggof sudah pun mati sebelum mengejarkan Ismawi yang masih bernafas ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak yang terletak berhampiran.
Keadaannya masih belum dapat dipastikan.
Anggota polis yang menyiasat tempat kejadian kemudian menghantar mayat Alsaggof ke Hospital Umum Sarawak untuk di bedah siasat. -The Borneo Post