Saturday, 31 May 2014

Punca Sebenar budak 2 tahun dipenggal kepala sampai putus (7 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 31.5.14

Penemuan mayat kanak-kanak dua tahun dengan leher terputus dipenggal lelaki dewasa mengejutkan ramai pihak. Namun, Kosmo! dalam satu artikel bertarikh 31hb Mei mendedahkan bahawa dendam dipercayai merupakan punca kanak-kanak itu dibunuh kejam.

Satu sumber berkata sebelum dibunuh, mangsa Siti Soffea Emelda, 2 tahun 6 bulan dilarikan daripada jagaan ibunya yang bertemu rakan-rakan di Kompleks Kota Raya.

Namun kanak-kanak itu itu hilang dipercayai dilarikan sebelum ditemui mati di tebing sungai Klang

Sumber memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan mangsa ada kaitan dengan dendam ibu kenalan ibu mangsa. Ibu mangsa merupakan seorang gelandangan dan juga dipercayai penagih dadah.

Maklumat ada mendakwa, ibu mangsa yang hidup merempat di ibu negara kerap menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan kenalan kerana kerap menipu dan tidak menepati janji dalam banyak perkara.
Dalam artikel pendedahan Kosmo! lagi, bapa kanak-kanak malang itu juga sedang menjalani hukuman  di penjara.

Rakaman CCTV mangsa dilarikan lelaki


Gambar adik Soffea

FAKTA KES:

Pada 29.5.14 jam lebih kurang 2100 hrs, telah terima maklumat brkenaan telah terjumpa satu mayat di kawasan tepi sungai Klang dipercayai seorang kanak-kanak.

2. Siasatan Awal


Pihak polis telah menjalankan siasatan awal dan mendapati satu mayat dipercayai perempuan dijumpai tertiarap dan kepalanya putus dan berada berdekatan kakinya.

Pemeriksaan pihak Forensik mendapati mayat tersebut adalah kanak-kanak perempuan dan semasa dijumpai masih memakai seluar panjang putih dgn pampers dan tidak berbaju. Terdapat kesan potong di leher dan belakang tengkorak pecah. Tiada luka luaran yang lain.

Dijumpai di tempat kejadian adalah:
  • Sandal hitam (dipercayai milik saspek) 
  • Sepasang sandal kanak-kanak berwarna hitam dan hijau 
  • Baju kanak-kanak tidak berlengan berwarna putih 
  • Tali pengikat rambut 
  • Serpihan ceramic (dipercayai digunakan untuk memotong leher mangsa) 

3. Maklumat seterusnya telah membawa seorang perempuan melayu dipercayai ibu mangsa dikenali sebagai SALMY.

Menurut SALMY, dia lepak bersama kawan-kawannya di tingkat 4 Kota Raya lebih kurang jam 3-4 petang. SALMY kemudiannya telah pergi ke tandas dan meminta kawan-kawannya jagakan anaknya sebentar.

Apabila keluar 5 minit kemudian dia mendapati anaknya tiada. Mreka telah mencari tetapi tidak jumpa, sehinggalah pnemuan mayat kanak-kanak ini

Soalsiasat ke atas SALMY telah dijalankan dan dia telah berikan deskripsi anaknya. (didapati bersamaan dengan mangsa).

Menurut SALMY, anaknya bernama SITI SOFFEA EMELDA berumur 2 tahun 6 bulan.


Keterangan Saksi


Saksi dua orang Sabahan mngatakan mereka ternampak seorang lelaki warganegara asing mendukung mangsa berjalan meredah rumput di tebing sungai l, mangsa tidak berbaju dan masih hidup.

Kemudian, saksi nampak saspek telah mencekik mangsa menekan ke tanah dan kmudiannya mengambil objek seperti ceramic dan memukul ke arah kepala mangsa. Saksi telah panggil Polis Bantuan Public Bank berdekatan dan apabila menyedari kedatangan Polis Bantuan, saspek telah terjun ke sungai Klang dan dibawa arus.

Suspek



Sumber turut memberitahu Polis sudah mengenalpasti suspek yang juga bekas banduan baru dibebaskan dari penjara Kajang pada 26 Mei lalu atas kesalah dadah.

"Suspek berusia 27 tahun berasal dari Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu sudah beberapa kali dipenjarakan atas pelbagai kesalahan sejak tahun 2000 antaranya curi kereta dan dadah" -Sumber /Kredit:Berita Harian


Lagi Gambar:



Lokasi penemuan, Tebing Sungai Klang

Friday, 30 May 2014

Sadis- Video budak 2 tahun ditemui mati dipenggal kepala di Klang

Posted By: TTO Admin - 30.5.14
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.


"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Astro Awani

VIDEO:

Punca jemaah umrah cedera terjatuh berdekatan Kaabah (Gambar & Video)

Posted By: TTO Admin - 30.5.14

MAKKAH - ARAB SAUDI. Empat orang cedera selepas mereka terperangkap dalam rempuhan di Masjidil Haram, semalam.

Bagaimanapun, polis Makkah menafikan khabar angin yang tersebar di laman media sosial bahawa tiga jemaah terbunuh dalam kejadian itu, lapor Arab News.

"Tiga daripada mereka - semua wanita - telah dirawat di tempat kejadian dan mangsa keempat telah dipindahkan ke sebuah hospital tempatan ," kata jurucakap polis Makkah, Aati Al-Qurashi.

Menurut pegawai yang lain, terdapat seorang mangsa lelaki mengalami kecederaan teruk di kepala.

Beliau berkata, sebaik sahaja pintu Kaabah itu dibuka untuk dibersihkan, beberapa jemaah cuba menghampiri pintu Kaabah bagi mendapatkan gambaran bahagian dalam Kaabah.

"Waktu itulah apabila lelaki itu terjatuh," katanya.

Ketika kejadian, Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah juga mengambil bahagian untuk membasuh Kaabah.

Kaabah dicuci dari dalam dua kali setahun dalam bulan Muharam dan Shaaban, iaitu bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

Sementara itu, menurut sumber lain, Leftenan Kolonel Atiyah Al-Qurashi mengesahkan bahawa empat orang cedera dalam kejadian tersebut.

Beliau menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa terdapat cubaan membunuh diri semasa operasi membersihkan Kaabah dijalankan.

VIDEO:

Thursday, 29 May 2014

Suspek rogol budak 12 tahun parah dipukul di khalayak ramai (Gambar & Video)

Posted By: TTO Admin - 29.5.14

Kota Bharu: Seorang lelaki parah dibelasah sekumpulan individu dipercayai kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kumpulan individu dipercayai ahli keluarga mangsa dikatakan membelasah lelaki berusia 30-an itu di hadapan orang ramai.


Lelaki itu yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini. Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dikatakan datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan. Turut didakwa merogol mangsa adalah rakan lelaki terbabit. Sumber itu berkata, kerana marah, keluarga mangsa mencari suspek sebelum seorang daripadanya dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

“Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam,” katanya. Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam. -Harian Metro

VIDEO:

"Dia terlalu muda untuk bersama saya..." kata Abby Abadi

Posted By: TTO Admin - 29.5.14
Keretakan hubungan selebriti politik Abby Abadi bersama suaminya, Muhammad Noor Farhan, kini semakin nyata setelah pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan penceraian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, berkata, keretakan hubungan mereka berpunca daripada suaminya yang lebih muda dan tidak matang .


"Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu... Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang," katanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Dalam masa sama Abby memberitahu bahawa Muhammad Noor Farhan merupakan seorang lelaki yang baik.

"Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa.... Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat," ujar beliau yang berpakaian serba hitam.

Ketika prosiding berlangsung, mahkamah diberitahu sebanyak dua kali lafaz cerai dibuat oleh Muhammad Noor Farhan kepada Abby termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Lantas yang demikian Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelang Ramadan di Selatan Thailand. Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak. -RakyatNews.my

VIDEO:

UPDATE Kes gadis "dirogol" 38 lelaki: Mangsa beli ubat tahan sakit 2 kali!

Posted By: TTO Admin - 29.5.14

Kota Bharu – “Saya tidak pasti dia (mangsa rogol) atau tidak, tetapi beberapa hari lalu dia ada datang ke sini bersama seorang pemuda kampung ini untuk membeli ubat penahan sakit,” kata seorang peniaga kedai runcit di Kampung Hutan Pasir, Keterah, di sini ketika ditanya mengenai kejadian dua remaja disyaki dirogol 38 lelaki di kampung berkenaan.

Peniaga berusia 40-an yang enggan dikenali itu mendakwa didatangi remaja berkenaan sebanyak dua kali semata-mata mahu membeli ubat penahan sakit sekali gus mengundang curiga.

Katanya, dia mengesyaki gadis berkulit putih itu salah seorang mangsa kejadian selepas melihat pemuda yang menemaninya dikejar pihak polis kelmarin.

Suspek rogol yang ditahan polis

“Memang kedai saya ada menjual ubat tahan sakit untuk keperluan penduduk kampung, tapi beberapa hari lalu remaja itu datang menaiki motosikal dengan pemuda berkenaan untuk beli dapatkan ubat terbabit dengan jumlah keseluruhan tidak lebih lima biji. “Mereka datang sebelah pagi, kemudian datang lagi pada sebelah petang. Walaupun pelik kerana datang berulang, tapi saya tidak mengesyaki apa-apa dan tidak juga bertanya lanjut.

“Malah, gadis itu juga jarang dilihat di sini dan percaya dia bukan penduduk kampung kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk kampung mendakwa terdengar bunyi orang berkejaran sekitar jam 6.30 pagi semalam.

Katanya, dia cuba mengintai daripada dalam rumah dan melihat beberapa lelaki ditahan sepasukan anggota polis yang melakukan serbuan di rumah kosong yang disyaki lokasi kejadian rogol.

“Rumah itu sudah ditinggalkan kosong sejak 10 tahun dan kami penduduk kampung tidak mengesyaki apa-apa,” katanya, lapor Hmetro.

Wednesday, 28 May 2014

Sayu- 2 Gambar budak mati dipukul & disimbah air panas oleh ibu kandung

Posted By: TTO Admin - 28.5.14

"Mak, adik tak buat dah, sakit".

Itu raungan terakhir Mohammad AKhil Mustaqim Rashidy, 6, ahad yang lalu.

Jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 40-an berkata mangsa sekeluarga baru berpindah ke kawasan perumahan itu empat bulan yang lalu.

Bagaimanapun, sejak berpindah, Maria selalu mendengar anak-anak pasangan itu termasuk mangsa menangis akibat dipukul.

"Petang ahad lalu, saya mendengar suara mangsa meraung kesakitan lebih sejam akibat dipukul emaknya tanpa henti.

"Dia menangis dan meminta emaknya berhenti memukul, tetapi tidak dipedulikan oleh wanita itu." jelas Maria.

Mohammad Akhil disahkan meninggal dunia jam 6 petang kelmarin di Hospital Ampang kerana kecederaan parah di seluruh badan akibat dipukul dan melecur tahap satu dipercayai disimbah air panas.


Kaki kiri mangsa patah, seluruh badan lebam dan melecur. Ada kesan baru dan lama. Hasil pemeriksaan doktor, mangsa sudah didera sejak 6 bulan lalu.

Kanak-kanak malang itu dibawa ke Hospital Ampang oleh bapa tirinya jam 2 petang sebelum disahkan meninggal dunia selepas empat jam menjalani rawatan.

Bapa tiri mangsa yang berusia 35 tahun itu kemudiannya menghilangkan diri selepas menghantar anak tirinya itu ke hospital.

Jelas Maria lagi, pada malam kejadian, dia ada ternampak mangsa berjalan longlai dan kelihatan lemah.

"Pada Isnin, saya melihat datuk mangsa yang menghantar salah seorang cucunya pulang dari sekolah mengetuk pintu rumah mangsa, tetapi selepas lama mengetuk baru dibuka" katanya.

Ketika itu, dia mendengar ibu mangsa menangis memberitahu mahu ke hospital dan mereka mendukung mangsa yang kelihatan sudah tidak sedarkan diri keluar dari rumah berkenaan.

Malah, Maria mendakwa kakak kepada mangsa yang masih bersekolah rendah juga sering menjadi mangsa dera ibu bapanya.

Mayat mangsa dibawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk disembahyang sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Teratai Ampang selepas waktu Zuhur.

Sementara itu, bapa kandung mangsa, Rashidy Nordah, 37, dia berpisah dengan isterinya pada 2009 dan lima anak termasuk mangsa berada di bawah penjagaan bekas isterinya.

Dia mendakwa tidak dapat berjumpa dengan semua anaknya berusia 13,11, 9,6 & 5 tahun itu kerana isterinya berpindah.

Rashidy berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian malang ini melalui bekas isterinya yang menghubunginya pada jam 2.30 petang kelmarin.

"Saya terkejut menerima berita malang ini bagaimanapun redha dengan pemergian Akhil," katanya.

Bapa tiri dan ibu mangsa dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditahan di rumah mereka di Ampang bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Berita Milik Harian Metro

Giliran Abby Abadi fail penceraian esok (Khamis)!

Posted By: TTO Admin - 28.5.14

PETALING JAYA: Keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada Khamis (esok).

mStar Online dimaklumkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini kira-kira pukul 9 pagi.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Terdahulu pada 17 Mei lalu Abby menulis status di laman Instagram miliknya meminta agar para peminat mendoakan keadaan rumah tangganya itu.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Pengarah Drama dedah sikap sebenar Artis wanita di lokasi pengembaraan

Posted By: TTO Admin - 28.5.14

Sebut saja nama Lana Nordin, pastinya anda sudah terbayangkan gelaran Pamela Anderson yang diberikan kepadanya. Begitu juga dengan Rita Rudaini, yang mendapat gelaran janda hot walaupun tidak dipinta gelaran sedemikian.

Namun siapa sangka, dengan penampilan mereka seperti itu, mereka sebenarnya amat menjaga waktu solat biarpun ketika berada di lokasi pengambaran.

Ikuti pendedahan Shahrulezad Mohameddin, seorang pengarah Drama tempatan:

Bila lihat Lana Nordin kat skrin tv skrg buat saya rasa sedikit kagum dgn dia. Dalam segala kutukan yg dia terima disebabkan imej seksi nya itu tapi bila di set lokasi saya dia amat menjaga waktu solatnya walaupun terpaksa dimekapkan berulang ulang kali siap dgn bulu mata palsu setiap kali hendak masuk set selepas solat. Sedikit pun dia tak komplen. Rita Rudaini pun sama. Seorang yg sgt menjaga solatnya. Dia akan gelisah bila waktu solat hampir berlalu. Yer lah waktu shooting kan tak menentu dan sentiasa terkejar kejar scene. So yg selalu jadi masalah ialah artis wanita ler sbb terpaksa tergesa gesa nak buang mekap dan pakai semula.Oh yer Rosnah Mat Aris pun sama jugak dan beberapa artis artis yg lain.

Kalau artis lelaki senang jer. Boleh solat di mana saja. Tapi artis perempuan ni sedikit susah. Kadang kadang terkial kial mereka fikir nak solat di mana sekiranya set ditepi jalan atau di dalam hutan. Tu yg kadang kadang ada sesetengah artis wanita terpaksa mengqadakan solat mereka bila balik rumah. Bayangkan bila penat seharian di set shoot sampai lewat malam. Balik umah kena qada solat pulak. Ada tu yg cerita dekat saya pernah sampai tertidur tidur derang dalam solat sebab keletihan. Dah tak pasal pasal kena qada balik. Kesian kan.

Sebab tu saya dah pesan dengan krew saya terutamanya mekap artis supaya beri laluan pada artis artis perempuan yg nak bersolat. Memang leceh sebab nak buang mekap dan pakai semula berulang ulang kali tapi demi membantu mereka menjalankan kewajiban itu adalah tanggungjawab dan keutamaan kita. Kita akan tunggu mereka bersiap tanpa syarat walaupun kita cemas mengejar waktu.

Apa apa pun saya senang dgn perubahan ini. Telah mula ramai artis artis kita yg mula menjaga solat mereka meskipun keadaan kerja mereka yang tak menentu dan selesa...

Alhamdullilah... - SUMBER

MasyaAllah, siapalah kita untuk menilai dan menghina manusia-manusia ini? Semoga kita terus dikurniakan hidayah dari Allah SWT. - MyMediaHubOnline

Tuesday, 27 May 2014

Banduan paling ganas mengamuk Arsenal juara Piala FA

Posted By: TTO Admin - 27.5.14

BANDUAN paling ganas di Britain mengamuk di dalam penjara selepas berang dengan kemenangan Arsenal pada saingan Piala FA hujung minggu lalu.

Charles Bronson, 61, yang merupakan penyokong tegar Tottenham Hotspur dilaporkan mahu Hull City menang dalam perlawanan tersebut.

Dia yang dipenjara seumur hidup di Penjara Sutton kerana menculik dan merompak bertindak berlumur dirinya dengan mentega sebelum mengamuk.


Bronson merupakan seorang samseng yang digeruni sebelum ditahan dan dipenjarakan.

Bronson bertindak demikian bagi menyukarkan warden penjara untuk menangkapnya ketika mengamuk.

Berikutan kejadian itu, seramai 12 warden mengalami kecederaan.

Dalam surat yang ditulis kepada bekas isterinya, Kate Kray, Bronson menceritakan kejadian yang menyebabkan tulang rusuknya patah.

Banduan itu berkata, "Saya mahu Hull menang sebab saya penyokong Spurs, saya benci melihat Arsenal dan kegembiraan mereka." - mStar

5 Gambar mayat lelaki terjun Jambatan Sultan Yahya Petra ditemui

Posted By: TTO Admin - 27.5.14

Seorang lelaki yang terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra berhampiran sebuah pasar raya terkemuka akhirnya ditemui.

Mangsa, Yoon Tuck Lee, 28, dilihat saksi memberhentikan kereta jenis Honda di tepi jambatan terbabit sebelum bertindak terjun ke kawasan sungai.

Saksi, Mohd Affandi Muhammad, 39, berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 9.15 malam, dia yang menunggang motosikal untuk menghadiri satu majlis di Tumpat, melihat lelaki terbabit memberhentikan kereta di kawasan itu dengan memberi isyarat lampu kecemasan.

“Melihatkan keadaan itu, saya perlahankan motosikal dan melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan terus terjun dari jambatan terbabit, kemudian hilang dari pandangan.

Motif kejadian masih dalam siasatan pihak Polis.



foto BOMBA Malaysia

Sayu - Lagi 3 hari nikah, polis maut dilanggar penjenayah (8 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 27.5.14

Bagan Serai: “Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan.”

Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam.

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya.

Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.

“Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.

“Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini,” katanya.

Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya.

“Sekarang semuanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan penjenayah itu.


Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.

Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.

“Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

“Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan,” katanya.


Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan. -Berita Harian






Kereta yang ditinggalkan penjenayah ditemui terbakar

Sumber Gambar: Mforum.cari

Monday, 26 May 2014

Ada 15 lagi produk Coklat Cadbury kandungi DNA Babi- PPIM

Posted By: TTO Admin - 26.5.14
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) khinzir namun belum didedahkan KKM kepada umum.

“Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi.

Dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA Khinzir, kenapa masih dirahsiakan?” katanya, semalam.


Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011.

“Insya-Allah Selasa ini (esok) kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia.

“Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA Khinzir kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali.

Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.

“Isu ini seolah-olah didiamkan."

Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan. - Harian Metro

Terkejut temui tahi tikus dalam kerepek dijual di Serikin, Sarawak

Posted By: TTO Admin - 26.5.14

Seorang ibu terkejut apabila mendapat tahu anaknya menemui tahi tikus dalam kerepek yang dijual di Sarikin, Sarawak. Puan Haslina Muji itu memuatnaik gambar keropok dan tahi tikus tersebut di dalam akaun Facebooknya.

Tulis Puan Haslina:

"Semalam kmk serikin.. beli keropok bandung sos..nyaman2 anak aku makan terjumpa taik tikus..hati2lah beli makanan di serikin..sebarkan"

Respon KJ gambar sokongan Piala Thomas diphotoshopkan jadi Super Saiya

Posted By: TTO Admin - 26.5.14


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin antara tetamu kenamaan yang paling ‘havoc’ di stadium sewaktu pertandingan akhir Piala Thomas di New Delhi, India malam tadi.

Kelibatnya yang sama-sama menjerit dan melompat ketika pasukan badminton negara bertarung sering mencuri perhatian lensa kamera.

Yang pasti, beliau sudah tentu orang yang cukup kecewa kerana Malaysia masih gagal mengakhiri kemarau kemenangan piala yang cukup berprestij itu.


Pun begitu, beliau sempat berbuat lawak bila imejnya digarap dalam bentuk komik dalam internet.

Steady KJ!

Sumber: Twitter Khairy / My News Hub

Kejam - Kucing mirip wajah Hitler dipukul sampai buta (9 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 26.5.14




Seekor kucing malang telah dibutakan sebelah mata kirinya dipercayai dilakukan oleh samseng hanya kerana mukanya mirip wajah pemimpin tertinggi Nazi, Adolf Hitler.

Baz, kucing jantan yang berusia tujuh tahun mempunyai 'misai' di bawah hidungnya yang menyerupai diktator Nazi itu.

Baz didapati tidak pulang ke rumah selepas hujung minggu yang lalu dan dipercayai berkeliaran di kawasan Tredworth, Gloucestershire.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian jiran Kristy Sparrow menemui Baz di dalam tong sampah yang mengalami kecederaan yang teruk.

Sparrow terus bergegas membawa kucingnya itu ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Doktor terpaksa membuang mata kiri Baz kerana matanya rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Sungguhpun Baz kelihatan seperti Hitler, tetapi dia seekor kucing yang pemalu dan lembut. - Daily Mail / Sumber















Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab