Friday, 31 January 2014

Kronologi kes bapa kelar anak perempuan 7 tahun sampai mati

Posted By: TTO Admin - 31.1.14



  • Pukul 4:00 petang : Khadijah(15 tahun) bersama abang sulungnya (18 tahun) berada di tingkat atas rumah teres ( 2 tingkat) telah terdengar jeritan daripada tingkat bawah dan mendapati bapanya (suspek) sedang memegang sebilah parang dan beliau terus mendapatkan abangnya. Kedua-dua mereka turun bawah mendapati 2 adik perempuan mereka berusia (12 tahun) dan (10 tahun) dalam keadaan berlumuran darah di badan manakala adik perempuan bongsu 7 tahun (si mati) terbaring di atas katil bilik bawah. Suspek pada masa itu dipercayai telah melarikan diri melalui pintu belakang. Seterusnya penama (khadijah) telah hubungi polis.
  • Pukul 4:19 petang : Semasa sedang bertugas, anggota Gerakan Kajang  telah terima panggilan MERS daripada seorang perempuan bernama Khatijah beritahu ada pergaduhan satu tempat kejadian dan telah bergegas ke tempat kejadian dengan kenderaan MPV 206 ke lokasi kejadian. Di lokasi kejadian, ada kesan darah di dalam rumah, dan mendapati ada 3 kanak kanak Melayu telah mengalami pendarahan di bahagian badan. Dimana salah seorang mangsa ini telah meninggal dunia. Ambulan hospital kajang telah di hubungi ke lokasi.
  • Soalsiasat secara lisan isteri suspek (42 tahun) kerja sebagai pegawai penyelidik di TM Cyberjaya memberitahu suspek tidak bekerja sejak 1 tahun lepas dan sejak kebelakangan ini seperti hadapi tekanan perasaan walaubagaimanapun isteri tidak pernah bertanya sebabnya.
  • Pasangan suami isteri telah berumahtangga sejak 19 tahun lalu mempunyai 6 org anak berusia antara 18 hingga 7 tahun. (Sulung (L – 18 tahun) , kedua ( L – 17 tahun), ketiga (P – 15 tahun), keempat (P – 12 tahun) , kelima (P- 10 tahun) dan Bongsu (P – 7 tahun). Telah tinggal di rumah sekarang sejak 11 tahun lepas.
  • Mangsa cedera adalah 2 anak perempuan umur 12 tahun & 10 tahun kini sedang mendapat rawatan di Hospital Kajang. Manakala simati adalah anak bongsu pasangan ini. Kecederaan jelas pada bahag ian leher.
  • Sejurus kejadian dimaklumkan ops kesan telah dilakukan dan berjaya tangkap suspek di bahagian belakang rumah kawasan semak di mana suspek sedang bersembunyi dalam keadaan kepalanya cedera (berdarah) dan ada 1 ketul batu bata ada kesan darah 25 meter daripada lokasi saspek ditemui.
  • Suspek yang bersenjatakan sebilah parang mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek. -Mymedialab

Wanita warga Malaysia rebut harta perceraian bernilai RM61 juta

Posted By: TTO Admin - 31.1.14
LONDON, (MLP) - Seorang pengurus bank warga Malaysia, Lena Tan dan suaminya, Weng Choy sedang dalam perebutan harta bernilai hampir RM61 juta di mahkamah di London setelah suaminya fail permohonan cerai.

Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.


Mereka memiliki rumah di Malaysia dan Hong Kong, koleksi wine bernilai RM5.54 juta dan sebuah flat di Kensington bernilai hampir RM25 juta.

Choy, 56, fail permohonan cerai pada Januari 2012 setelah pergaduhan pada malam tahun baru semasa bercuti bersama keluarga di Singapura.

Namun begitu, Tan tidak bersetuju dengan tindakan suaminya yang menuntut cerai di UK dan telah memulakan proses perceraian di Malaysia.

Mahkamah Tinggi UK pada Mac tahun lalu telah memberi kebenaran kepada Choy untuk bercerai di UK kerana dia telah menetap di London selama setahun.

Peguam Tan menegaskan bahawa rumah Choy masih lagi di Hong Kong dan rumah tangga pasangan tersebut masih bersatu sehingga akhir tahun 2011.

Setelah bersetuju untuk memberi RM2.8 juta kepada suaminya, separuh daripada koleksi wine, Tan diarah oleh mahkamah untuk membayar RM550 ribu untuk yuran peguam.

Hakim akan memutuskan kes ini pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - news.mylaunchpad.com.my

Pekerja Bangla maut dibelasah sekumpulan warga Nepal di Ijok

Posted By: TTO Admin - 31.1.14
Bestari Jaya: Seorang pekerja kilang warga Bangladesh berusia 30-an maut manakala tiga lagi cedera parah selepas dibelasah sekumpulan pekerja warga Nepal dalam pergaduhan di sebuah kilang di Ijok, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Amin Nur meninggal dunia di sebuah klinik kesihatan berhampiran tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah selepas dibelasah dengan kayu. 

Gambar Hiasan
Menurut sumber, kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut antara mangsa dan juga pekerja Nepal di kilang sebelum merebak hingga mengakibatkan pergaduhan kumpulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, sembilan pekerja Nepal ditahan selepas polis menerima laporan kejadian.

"Polis akan menyiasat punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat," katanya. -Harian Metro

Pelajar diserang histeria sampai kancing gigi

Posted By: TTO Admin - 31.1.14
Alor Setar: “Anak saya beritahu dia ternampak kelibat lembaga wanita merayau-merayau di kawasan tangga sebuah blok bangunan berhampiran kelas mereka sambil mengajaknya bermain-main menyebabkannya terus menjerit dan ia ‘berjangkit’ kepada pelajar lain.”

Ibu kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang enggan dikenali itu berkata, anaknya tidak sedarkan diri selepas mendakwa melihat kelibat berupa wanita berkenaan.

SEORANG pelajar ditenangkan rakan dan guru selepas diserang histeria, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi, semalam, sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, Pokok Sena, di sini, bertukar gempar apabila kira-kira 30 pelajar perempuan tingkatan dua, tiga dan lima serta dua guru wanita berusia 20-an diserang histeria.

Kejadian dipercayai bermula daripada seorang pelajar perempuan sebelum berjangkit seorang demi seorang hingga mereka terpaksa dibawa ke surau sekolah untuk dipulihkan.

Berikutan kejadian itu, seorang pelajar perempuan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dipercayai akibat kancing gigi. -Harian Metro

Thursday, 30 January 2014

Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapa kandung di Bangi

Posted By: TTO Admin - 30.1.14

BANGI: Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang Khamis.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah. -Awani

Makan ulam rahsia umur nenek ini menjangkau 100 tahun di Kedah

Posted By: TTO Admin - 30.1.14
Kuala Nerang: Amalan hanya memakan ulam-ulaman dan ikan rebus yang dicampur dengan halia, serai dan lengkuas serta minum banyak air masak menjadi petua buat seorang warga emas untuk kekal sihat walaupun usianya sudah menjangkau 100 tahun.

MAK Long Sara masih mampu berjalan dan membuat kerja rumah sendiri
Difahamkan, warga emas itu Sara Mehat, berasal dari Lubuk Perung, di sini, dipercayai sudah berusia 115 tahun, walaupun kad pengenalannya tertera tarikh lahir pada 19 April 1914.

Sara atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Long Sara mendakwa keadaan dirinya masih sihat dan kuat, walaupun enam suami yang dikahwininya sebelum ini sudah meninggal dunia.

Menurutnya, dia berkahwin ketika berusia 15 tahun dengan suami pertama yang dikenali sebagai Kassim berusia 20-an dan dikurniakan dua anak lelaki dan perempuan.

Selepas suaminya meninggal dunia dia berkahwin pula dengan Awang Tasu, 50-an serta dikurniakan dua anak perempuan. -Harian Metro

Gambar Tuan Guru Harun Din telah sihat dan keluar dari IJN

Posted By: TTO Admin - 30.1.14

Alhamdulillah... Gambar yang dikongsikan di laman sosial menunjukkan Tuan Guru Harun Din telah sihat sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara.

Umat Islam kehilangan Tuan Guru Harun Taib, tapi Allah beri kesihatan kepada Tuan Guru Harun Din. Semuanya ada hikmah tersendiri.

6 Gambar ngeri kesan pembedahan plastik sebelum jadi cantik di Korea

Posted By: TTO Admin - 30.1.14



Korea Selatan sudah diketahui umum sebagai negara pembedahan plastik tertinggi di dunia. Dengan kata lain, pembedahan plastik di Negeri Ginseng tersebut merupakan hal yang lumrah.




Sebelum kelihatan cantik, wajah pesakit terlihat mengerikan dan bengkak-bengkak

Bahkan para orang tua disana kerap memberikan anaknya hadiah kelulusan berupa dana dan izin anaknya untuk melakukan pembedahan plastik. Hal tersebut menimbulkan keprihatinan dan inspirasi bagi seorang fotografer asal Korea Selatan, Ji Yeo untuk merekam gambar-gambar pesakit di Beauty Recovery Room (kamar pemulihan khusus pesakit pembedahan plastik pasca melakukan pembedahan sebelum mereka pulih sepenuhnya).


Bahkan ada beberapa pesakit pembesaran payudara yang harus diinfus dan mendapatkan transfusi darah karena banyak darah yang terbuang ketika pembedahan

Hasilnya adalah gambar-gambar yang cukup mengerikan seperti yang terlihat pada gambar-gambar diatas dan gambar-gambar berikut.


Bahkan kerana sangat lemahnya setelah wajahnya diubah, pesakit ini harus memerlukan penyangga leher dan bantuan pernapasan


Bahkan ada pesakit pembesaran payudara yang selepas pembedahan payudaranya masih tetap mengeluarkan darah. Ngeri

Masih ada yang mahu dan berani melakukan pembedahan plastik agar lebih cantik?

Gempar! Gambar tumbuhan diliputi ais di Lereng Gunung Kinabalu

Posted By: TTO Admin - 30.1.14

Lapisan fros meliputi tanah dan tumbuh-tumbuhan di Laban Rata di Gunung Kinabalu. Foto ihsan Mestianna Eil Inda
KOTA KINABALU: Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter.

Selain itu, suhu yang sejuk itu telah membekukan titisan air kabus yang meliputi gunung.
"Ia seperti kristal ais kecil di udara yang cair apabila ianya menyentuh kulit anda. Ia sesuatu yang ajaib," kata pemandu pelancong berpengalaman, Tham Yau Kong.

Pengembara dan kakitangan rumah rehat Laban Rata menyedari kewujudan fros dan kristal ais sejak tiga hingga empat hari lalu.

Tham, yang mengatakan dia telah mendaki gunung kira-kira 500 kali berkata, dia menyedari keadaan fros di puncak itu dianggarkan 20 kali.

"Ia bukan satu fenomena baru.

"Saya pasti fros itu disebabkan oleh suhu lebih sejuk daripada biasa kita alami di Sabah sejak dua minggu lalu," katanya pada Khamis. -mStar

3 Samseng mengamuk di pejabat Akhbar Bahasa Tamil

Posted By: TTO Admin - 30.1.14
Kuala Lumpur: Gara-gara tidak berpuas hati dengan laporan berita mengenai seorang guru yoga, tiga lelaki bersenjatakan parang dan batang besi dipercayai menceroboh dan menyerang bilik berita sebuah akhbar berbahasa Tamil di Jalan Ipoh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, seorang wartawan akhbar berkenaan M Ravindran cedera diserang kumpulan penceroboh itu yang turut memecahkan komputer dan peralatan kaca di pejabat berkenaan.

Ravindran berkata, tiga lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh itu dikatakan memecah pintu pejabatnya kira-kira jam 11 pagi.

Beliau berkata, sebaik memasuki pekarangan pejabat itu, kumpulan lelaki itu pada mulanya mencari seorang rakannya berhubung berita mengenai dakwaan berkaitan pemimpin sebuah pusat yoga dan kerohanian yang diasaskan seorang guru.

KAKITANGAN akhbar melihat antara kerosakan yang berlaku.

“Mereka memecah pintu kaca, meja kaca dan lima komputer di tingkat yang menempatkan bahagian pengurusan pejabat selain merampas dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM200 daripada kakitangan yang bertugas,” katanya. -Harian Metro

Chef Wan tak puas hati hidangan Nasi Lemak "Telanjang" MAS

Posted By: TTO Admin - 30.1.14
SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan? Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.

Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).


Menggelarnya sebagai ‘telanjangg’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.


Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:

“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telan jang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”

Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?

Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita … janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.

Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.

Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia. -Mynewshub

Jangan kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga…

Pantun "Sindiran" Kajang Pak Malau - nukilan Ahli PAS

Posted By: TTO Admin - 30.1.14

Pantun yang tersebar di media sosial ketika ini menunjukkan luahan hati seorang ahli PAS dengan cara unik menggunakan rangkap pantun. 

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pakatan bermaksud satu muafakat
Tapi bertindak sendirian melulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Sesuka hati melepaskan mandat
Semata melempias agenda tertentu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pedulikan susah dan perit rakyat
Yang penting tertunai kehendak nafsu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Jangan serabutkan rakan dan rakyat
Kerana berbalah sesama puakmu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Kalau pun sudah berasa kuat
Janganlah sampai rakyat jemu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Membazir tenaga dan harta rakyat
Ketika kos hidup perit membelenggu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Andai berkawan tak reti hormat
Jangan ditagih jentera membantu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Bertindak sendiri sebelum mesyuarat
Tanggung sendiri padan mukamu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Hajat nak jadi PM tak dapat
Baik gomol pulun MB dulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Berjuang kalau tak peduli akhirat
Ikut hati mati, ikut nafsu lesu

Cetusan rasa ;
Mohamad Hazmi Dibok
Ahli Pas
Kawasan Paya Besar

Sadis- Murid dirogol, diliwat, ditoreh kemaluan di Muar

Posted By: TTO Admin - 30.1.14
MUAR - Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.



Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk.

Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.

“Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut.

“Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.

Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis.

Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.

“Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya.

120 Murid keracunan makanan ayam masak kicap di Kantin

Posted By: TTO Admin - 30.1.14

BUKIT MERTAJAM - Seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan Tanah Liat di sini mengalami keracunan makanan selepas dipercayai memakan nasi berlauk ayam masak kicap di kantin sekolah ketika waktu rehat semalam.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, kejadian itu disedari berlaku pada pukul 10 pagi selepas beberapa orang murid Tahun Tiga didapati muntah dan cirit-birit.

"Selepas itu lebih ramai lagi murid-murid Tahun Empat dan Lima memaklumkan kepada cikgu yang mereka turut mengalami sakit perut. "Pengurusan sekolah mengambil tindakan pantas dengan menghantar 69 murid yang mengadu muntah dan cirit-birit ke Hospital Bukit Mertajam,"katanya.

"Sembilan daripada mereka terpaksa ditahan di wad manakala selebihnya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar," jelasnya kepada pemberita semasa melawat sekolah itu hari ini.

Beliau berkata pihak sekolah dimaklumkan sembilan murid yang ditahan itu

telah dibenarkan pulang lewat malam tadi. - Bernama

Anggota badan hancur bertaburan kes langgar lari di PLUS

Posted By: TTO Admin - 30.1.14
KUALA LUMPUR: Kepala, kaki kiri, badan dan tangan bertaburan di KM317 berhampiran Tapah manakala cebisan daging, tulang dan kaki kanan ditemui di susur keluar ke Ipoh di KM274.2 Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS), dalam satu nahas ngeri pada awal pagi Rabu.

Menurut laporan akhbar Harian Metro, mangsa Ahmad Mahamud, 25, yang menunggang motosikal terlibat dalam kemungkinan satu kes kemalangan langgar lari yang menyebabkan tubuh mangsa diseret sejauh 43 kilometer.

Mangsa langgar lari
Mangsa ketika itu dikatakan dalam perjalanan dari rumah keluarganya di Kampung Baru Majidi, Serdang, Kedah ke tempat kerja di kilang PROTON Tanjung Malim.

Cebisan tubuh mangsa dan bangkai motosikal ditemui pekerja PLUS yang kemudian menghubungi polis ekoran tidak menemui badan manusia berhampiran lokasi penemuan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata kepada Harian Metro, polis dan pekerja PLUS kemudian meyusuri laluan lebuh raya arah selatan bagi mencari tubuh mangsa.

“Mangsa dipercayai dilanggar kenderaan berat yang masih gagal dikesan sehingga kini, dan polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada ia kemalangan biasa atau ada juga kemungkinan ia kes langgar lari,” tambah beliau.

Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -Awani

4 Gambar Kereta Myvi Hancur terjatuh dari tingkat 4 bangunan

Posted By: TTO Admin - 30.1.14


KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan letak kereta di sebuah pusat beli belah di Kompleks Asia City, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi tadi

Mangsa berusia 50-an ditemui dalam keadaan tersepit namun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


GEMPAR: Gadis terjun bangunan, disyaki dirasuk

Posted By: TTO Admin - 30.1.14
KUALA TERENGGANU - Penduduk di sebuah flat di Jalan Air Jernih, di sini, gempar seketika apabila seorang seorang gadis cuba membunuh diri, dipercayai kerana mengalami masalah, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, gadis berusia 20-an itu dikatakan telah terjun dari tingkat dua flat berkenaan, namun dia bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan di bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menurut sumber, sebelum kejadian itu, beberapa penghuni di flat berkenaan dikejutkan dengan bunyi bising suara orang menjerit-jerit seperti dirasuk dari arah rumah yang disewa gadis tersebut.

Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin

“Mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku, beberapa jiran yang terdengar suara itu terus memaklumkan kejadian kepada rakan serumah gadis itu yang secara kebetulan baru tiba.

“Pada awalnya rakan serumahnya menafikan bunyi bising tersebut dari arah rumahnya kerana tiada penghuni di rumah itu, memandangkan gadis itu sebelum ini jarang pulang,” katanya.

Bagaimanapun, selepas terdengar sendiri suara orang menjerit-jerit dan ternampak ada barang dibaling ke bawah, rakan serumahnya itu terus naik untuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati pintu rumah berkunci.

“Rakan gadis itu terus menggunakan kunci yang ada untuk membuka pintu rumah dan sebaik masuk ke dalam, dia dapati gadis tersebut sedang berada di beranda rumah sambil memegang dua bilah pisau.

“Dia cuba menenangkan rakannya itu tetapi gadis itu tidak menunjukkan sebarang respons dan bimbang kejadian buruk berlaku, dia segera keluar sambil menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan, bagaimanapun gadis itu terlebih dahulu terjun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian. -Sinar Harian

Wednesday, 29 January 2014

Anwar Ibrahim akui PRK Dun Kajang satu pembaziran

Posted By: TTO Admin - 29.1.14

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akui soal kos menjadi perhatian PKR sehingga parti itu mengeluarkan arahan supaya pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang itu dijalankan dengan kos seminimum mungkin.

PKR bakal menggunakan poster-poster lama sepanjang tempoh berkempen.

"Saya terima pandangan itu (PRK Dun Kajang suatu pembaziran). Kalau dianggap sebagai pembaziran, maka itu kosnya perlu diminimumkan.

"Dari pihak PKR sendiri, kita sudah beri arahan supaya PRK ini dijalankan dengan kos yang paling minimum termasuk menggunakan poster lama selain poster yang disyaratkan oleh SPR," katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut ditanya pemberita soal kewajaran meletakkan calon yang lebih muda.

"Tak apa. Saya faham... Ini cadangan diberikan oleh pimpinan, kalau saya nak (bertanding) dari awal, saya ada pilihan 2008 dan 2013.

"Kalau saya nak tetapi tentunya ada pertimbangan dan desakan yang sama ada memaksa atau memujuk sehingga saya mengambil keputusan ini," katanya.

Kerusi Dun Kajang bakal dipertandingkan semula selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai Adun petang Isnin.

Pencalonan Anwar itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di ibu pejabat PKR semalam. -Sinar Harian

Pelajar Malaysia mengadu lelaki miang mengganggunya dalam pesawat

Posted By: TTO Admin - 29.1.14

BANGALORE - Seorang pekerja sebuah hospital swasta ditahan selepas seorang pelajar Malaysia menuduhnya berkelakuan sumbang terhadapnya dalam pesawat.

Menurut laporan akhbar Times of India, pelajar wanita itu yang belajar di kolej pergigian di Mangalore memberitahu lelaki berumur 36 tahun tersebut menyentuhnya dengan tidak wajar dalam penerbangan pesawat JetKonnect dari Bangalore ke Mangalore pada Selasa lalu.

Pesawat itu meninggalkan Bangalore pada 7 pagi.

Pelajar itu menuduh lelaki tersebut berkelakuan tidak wajar dan walaupun dia tidak membuat laporan kepada kru kabin.

Bagaimanapun dia membuat laporan kepada staf syarikat penerbangan tersebut selepas mendarat seterusnya memberitahu pihak polis di Mangalore agar menahan lelaki tersebut untuk di soalsiasat. - Bernama

Murid dituduh mencuri diheret guru disiplin sampai terkoyak baju

Posted By: TTO Admin - 29.1.14
BALQIS menunjukkan baju sekolah yang koyak ditarik cikgu.
Kajang: Tidak cukup digelar pencuri, seorang murid tahun lima sebuah sekolah rendah di Bangi dekat sini, mendakwa diheret guru disiplin lelaki hingga koyak baju selain dikurung beberapa minit dalam stor sekolah selain cuba dipukul dengan penyapu.

Mangsa yang dikenali sebagai Balqis, 11, berkata, dia diperlakukan demikian oleh guru berkenaan dalam usaha memaksanya membuat pengakuan palsu kononnya dia bertanggungjawab mencuri wang tunai RM290 milik seorang guru di sekolah itu.

Menurutnya, walaupun kejadian itu sudah berlaku lima bulan lalu, namun hingga kini dia masih digelar pencuri di sekolahnya, malah turut dilucutkan jawatan sebagai pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sejak kejadian itu.

“Pada hari kejadian 23 Ogos tahun lalu, saya bersama 12 rakan sekelas yang semuanya perempuan diminta membersihkan makmal sains sehari sebelum cuti sekolah dan selepas mengemas, kami terus pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, selepas pulang daripada cuti sekolah, kami semua dipanggil untuk disoal siasat mengenai wang milik seorang guru yang mengajar subjek Kajian Tempatan sebanyak RM290 dikatakan hilang dan ketika itu, rakan sekelas mengaku mengambil wang itu, tetapi dia turut membabitkan nama saya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, apabila dia menafikan terbabit dengan kecurian itu, gurunya tidak mempercayai pengakuannya sebelum menuduh dia mencuri wang berkenaan dan bukan rakan sekelasnya yang mengaku berbuat demikian.

“Saya disoal siasat tiga hari oleh beberapa guru dan pada hari kedua, saya duduk di foyer sekolah dan ketika itu, guru disiplin berjalan ke arah saya dan menuduh saya mengambil wang itu dan apabila saya enggan mengaku, dia menjerit ke arah saya sebelum menarik dan mengheret saya dari foyer ke keretanya kononnya mahu membawa saya ke balai polis.

“Saya cuba menahan, tetapi tidak berdaya dan ketika itu guru itu menarik tangan saya dengan kuat hingga lengan baju terkoyak sambil dia memegang sejadah pula untuk menarik saya,” katanya.

Katanya, guru disiplin itu memaksanya mengaku termasuk menyatakan jika tidak mahu mengaku, dia akan dipukul dengan penyapu manakala hari seterusnya, seorang guru wanita mengheret dan mengurungnya dalam stor sekolah kerana enggan memberitahu tempat wang yang dicuri itu disimpan.

“Sejak kejadian itu, saya malu untuk ke sekolah dan rakan turut menjauhkan diri daripada saya kerana menyangkakan saya adalah pencuri. Saya tidak bersalah, tetapi diperlakukan begini,” katanya.

Sementara itu, ibu Balqis, Zalina Zakaria, 30, berkata, dia dan suaminya dipanggil ke sekolah selepas dua minggu anaknya disoal siasat dengan ganas.

“Dalam pertemuan dengan guru kaunseling, dia hanya memaklumkan anak saya mencuri wang dan tidak menyatakan dia dipukul, diheret, malah dikurung dalam stor sekolah.

“Apabila saya meminta untuk bercakap dengan rakan anak yang mengaku mencuri itu, guru berkenaan enggan memberi kebenaran dan seolah-olah mahu melindungi murid berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang menyiasat murid dengan ganas dan selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu, dia kemudian pergi semula ke sekolah.

“Apabila saya menyoal tindakan guru disiplin yang mengheret dan memukul anak saya, guru itu dengan selamba menyatakan itu adalah cara soal siasat polis.

“Sejak kejadian itu, anak sulung saya tidak lalu makan, malah bertindak agresif hingga saya terpaksa membawanya berjumpa pakar psikiatri di Hospital Serdang sebanyak dua kali,” katanya.

Katanya, dia sudah membuat dua laporan polis dan kes itu juga sudah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, namun hingga sekarang tiada tindakan.-Harian Metro

Fara Fauzana bakal akhiri zaman bujang bulan Jun?

Posted By: TTO Admin - 29.1.14

Gempar pagi ini apabila wujud gosip terbaru penyampai radio terkenal Hot.FM, Fara Fauzana dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan Jun nanti.

Jika anda mendengar siaran amkrew Hot.FM pagi tadi, AG dalam tidak sengaja "terlepas cakap" mengenai perkara itu. 

Walaupun bersangkut paut dengan topik pada pagi itu yang membincangkan "siapa yang selalu terlepas cakap,  lelaki atau perempuan"?. Tetapi gosip inilah ditunggu peminat yang berharap agar ia menjadi kenyataan. 

Namun, timbul persoalan lain, adakah bulan JUN 2014, 2015, atau 2016? sama-samalah kita nantikan

Budak 4 tahun lebam dipukul guru tuisyen kerana gagal hafal ABC

Posted By: TTO Admin - 29.1.14
Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.

Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.

Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.

Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.


LENGAN kanan Issac lebam dipukul.

“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif. -Harian Metro

Tuesday, 28 January 2014

Hetty Sarlene dikecam peminat upload gambar panas dalam Instagram

Posted By: TTO Admin - 28.1.14


Hetty Sarlene, penyanyi dan pelakon yang pernah membintangi filem Sembilu kembali menghangatkan dunia artis apabila beberapa keping gambar yang dimuat naik ke dalam akaun Instagram dikecam ramai peminat hiburan.

Gambar kontroversi itu menunjukkan Hetty mengenakan skirt pendek dan memakai baju ketat yang berlubang ditengah sehingga menampakkan bahagian lurahnya.

Walaupun ramai peminat yang mengecam gambar itu, terdapat beberapa komen yang turut menasihati agar membuang gambar itu segera kerana merasakan ia pasti tersebar dan menjadi isu hangat.

Melalui tinjauan semula ke akaun Instagramnya, Hetty telah membuang gambar tersebut. Namun kini semuanya sudahpun terlambat.


Bayi 5 bulan mati dalam buaian di rumah pengasuh

Posted By: TTO Admin - 28.1.14
SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan ditemui mati di rumah pengasuh di Taman Bandar Senawang, tengah hari tadi.

Bayi malang berkenaan, Amani Saffiya didapati berada dalam keadaan tidak bernyawa di dalam buaian oleh pengasuhnya sebelum cuba memberikan bantuan penafasan (CPR) namun gagal.

Pengasuhnya kemudiannya menghubungi ibu mangsa, Nor Haslinda Hamzah, 32, yang juga guru, sebelum bayi itu dibawa ke klinik kesihatan berdekatan.

Sementara itu, ayahnya, Shahrun Ismail, 36, berkata, sebelum ini anak bongsu dari tiga adik beradik itu, berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.


SHAHRUN mendukung mayat anaknya. FOTO Dzulkeffli Mustapha

Katanya, bayinya itu hanya menangis seperti biasa setiap kali mahu dihantar kepada pengasuh, namun itu adalah perkara biasa memandangkan anaknya itu sudah pandai mengenal orang.

Dia dan isterinya tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku, namun reda dengan takdir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Katanya, setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah. -Harian Metro

@Khairykj: Lebih baik Anwar isytihar diri jadi Sultan Melaka

Posted By: TTO Admin - 28.1.14
Penamaan Anwar Ibrahim sebagai calon Adun Kijang telah mendapat pelbagai reaksi daripada ramai pihak tidak kira penyokong pembangkang mahupun kerajaan. Namun, buat masa ini isu itu dilihat merugikan Pakatan Rakyat dan menjadi bola tanggung buat penyokong Kerajaan.

Baru sahaja sebentar tadi, Ketua Pemuda UMNO dalam laman Twitternya melabelkan peristiwa itu sebagai suatu jenaka dan adalah lebih baik sekiranya Anwar mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Melaka.


Apakah sebenarnya politik yang cuba dimainkan oleh pemimpin tertinggi PKR ketika ini? Sahabat, tokoh-tokoh agamawan, dan pemimpin parti PAS juga mula melemparkan kritikan pedas terhadap "Game" ini yang dianggap membazir dan merugikan rakyat. 

Seolah-olah, rakan komponen Pakatan Rakyat juga merasa diri dipermainkan. Apapun lebih baik kita mengambil pendekatan tunggu dan lihat perjalanan kemelut ini dalam masa terdekat.

Lantai rumah runtuh ketika angkat jenazah, 20 orang jatuh ke tanah

Posted By: TTO Admin - 28.1.14
SANDAKAN: Empat orang cedera selepas lantai beranda sebuah rumah runtuh ketika sedang mengangkat jenazah di Kampung Karamunting dekat sini hari ini.

Kesemua mangsa adalah lelaki berusia lingkungan 60-an dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Seorang penduduk kampung, Abdul Ghani Amat, 49, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika mereka sedang mengangkat jenazah abang sepupunya yang meninggal dunia semalam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Sim-Sim.

Katanya ketika kejadian dia bersama beberapa lelaki lain yang mengangkat jenazah sudah melalui beranda rumah itu dan berada di tangga.

Pengusung Jenazah (Gambar Hiasan)
"Tiba-tiba lantai beranda rumah runtuh dan mereka yang masih berdiri di atas lantai itu dianggarkan 20 orang jatuh ke tanah," katanya.

Abdul Ghani berkata empat orang mengalami luka setelah terkena serpihan kayu lantai yang patah dengan tiga daripada mereka dihantar oleh penduduk kampung ke hospital dan seorang lagi oleh ambulans.

Lantai beranda rumah itu runtuh disebabkan tidak dapat menampung berat orang ramai yang berdiri di atas lantai dalam satu masa, katanya. -Harian Metro

"Kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung rebut jawatan" YB Nasrudin Hassan

Posted By: TTO Admin - 28.1.14

Kajang Pak Malang

1. Tetiba jer ada pilihanraya kecil. Tidak ada kematian dan tidak ada keuzuran. Sesaja jer letak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main - main jerr !

2. Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

3. Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda.

4. Malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau. Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung , kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

5. Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan. Lebih parah apabila tindakan yang dibuat langsung tidak dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan - rakan kompenan Pakatan Rakyat. Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengenepi prinsip muafakat tetapi juga ia satu tindakan memudharatkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

Oleh: Nasrudin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat

6 Gambar van keselamatan bawa RM3.3 juta dirompak & dibakar pagi tadi

Posted By: TTO Admin - 28.1.14
Kuala Selangor: Empat penjenayah melarikan wang tunai RM3.3 juta daripada sebuah van keselamatan di sebuah stesen minyak di Ijok di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Sumber polis berkata, difahamkan, kejadian berlaku apabila sebuah van syarikat keselamatan berhenti di stesen minyak itu untuk memindahkan wang tunai ke ATM.

"Sebaik kenderaan itu berhenti, keempat-empat suspek yang sudah menunggu di stesen minyak berkenaan terus menyerbu dan melarikan van terbabit dengan membawa bersama empat pengawal keselamatan.


"Kenderaan itu dilarikan kira-kira 1 kilometer ke sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Makmur," katanya.

Menurut sumber, sebaik tiba di ladang kelapa sawit itu, empat penjenayah terbabit mula memindahkan sembilan beg berisi wang itu ke sebuah van lain sebelum membakar van syarikat keselamatan itu.

Kesemua pengawal keselamatan terbabit ditinggalkan bersama van yang terbakar, katanya.

Katanya, dua daripada empat pengawal keselamatan mengalami kecederaan melecur pada anggota badan dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. -Harian Metro

Kredit Gambar: FB Daily Traffic Report

Terkini: Anwar Ibrahim sah bertanding PRK Dun Kajang, Dr. Maza bidas keputusan

Posted By: TTO Admin - 28.1.14
Spekulasi Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar baru Selangor bakal menjadi kenyataan. Ini berikutan pengumuman yang baru sahaja dibuat mengesahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu juga, Dr. Maza yang kerap kali dilihat memberi pandangan kritis dalam isu politk telah membidas tindakan Adun yang meletak jawatan hanya kerana mahu memberi laluan kepada orang lain.


Apapun segalanya terpulang kepada rakyat di Dun Kajang menilai sendiri pilihan yang tepat untuk kemajuan kawasan itu kelak.

Ustaz Ahmad Dusuki hentam Adun PKR letak jawatan di Kajang

Posted By: TTO Admin - 28.1.14
Baru sebentar tadi Ustaz Ahmad Dusuki memuatnaik status menempelak tindakan seorang adun kerana didakwa khianat terhadap amanah yang diberikan kepada rakyat. Walaupun tidak meletakkan nama adun itu, tapi status Ustaz Ahmad Dusuki itu jelas ditujukan kepada Adun Kajang.


Benar Rasulullah sebut "apabila amanah itu diberi kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya", senang sahaja letak jawatan untuk memberi laluan kepada seseorang yg lain pula!, adakah ini cara untuk menjimatkan duit rakyat? saya kira ini satu cara khianat terhadap amanah rakyat yang diberi sewaktu pilihanraya sebelum ini, dan ini juga suatu pembaziran yang tidak perlu diwajarkannya!! .,

Keputusan Adun Kajang dari parti PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatan berkuatkuasa pada hari semalam, 27 Januari 2014 telah mengejutkan ramai pihak.

Artikel Spekulasi TheMalaysianInsider
Melalui spekulasi yang tersebar kini, tindakan Lee Chin Cheh meletak jawatan adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut, kata satu sumber parti (Sumber: The Malaysian Insider). Spekulasi itu juga turut mengatakan Anwar Ibrahim bakal menggantikan Datuk Seri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Isteri tidak sedar dirogol sekumpulan rakan suami ketika mabuk di Sibu

Posted By: TTO Admin - 28.1.14
Gambar Hiasan
SIBU: Seorang isteri pekerja sebuah tapak pembinaan di Jalan Lanang di sini menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki pada malam Sabtu lalu.

Menurut sumber, mangsa yang berusia dalam lingku-ngan 20-an dikatakan meng-ikuti satu sesi minum ber-sama suami dan dua rakan lelaki mereka di kuarters pekerja di situ.

Difahamkan, selepas dua rakan lelaki berkenaan ber-edar dari situ pada jam 10.30 malam, pasangan suami isteri tersebut dikatakan mengajak beberapa orang rakan sekerja di tapak pembinaan tersebut untuk meneruskan sesi minum di bilik mereka.

Sesi minum tersebut dikatakan semakin rancak sehingga pasangan suami isteri terebut dikatakan tidak sedarkan diri sehingga keesokan pagi-nya.

Apabila si isteri terbangun pada pagi Ahad itu, dia mendapati pakaiannya berada dalam keadaan tidak teratur dan kusut.

Si isteri berasa hairan kerana dia tidak mungkin melakukan hubungan seks dengan suaminya kerana suaminya sudah tertidur terlebih da-hulu.

Bimbang dan curiga sesuatu yang buruk telah berlaku kepadanya, si isteri kemudian bertanya kepada suaminya sama ada mereka berdua ada melakukan persetubuhan pada malam itu.

Selepas mendapati suami-nya tidak menyetubuhinya pada malam itu, dia terus memberitahu suaminya bahawa dia mungkin dirogol secara bergilir-gilir oleh rakan sekerja di situ ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana sudah mabuk.

Satu laporan polis telah di-buat oleh pengadu di Balai Polis Sentral Sibu kelmarin. -The Borneo Post

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab