Saturday, 29 November 2014

Kisah Sayu Keputusan UPSR Adik Ayub (Wajib Baca)

Posted By: TTO Admin - 29.11.14

* Saya perlu menceritakan kisah ini.

Ayub bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah. Ayub mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 1. Masih ada kakak yang bersekolah di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya.

Ayahnya bekerja kampung sahaja - sesekali melihat abangnya Syuaib atau Ayub membantu ayahnya di kampungnya. Rumah yang didirikan tanpa cat yang indah dan berhias. Tahun lalu, rumah mereka antara yang dipukul ribut. Allah mentakdirkan saya masuk ke rumah bersama suri saya, anak lelaki saya dan sahabat saya pensyarah di IPG Puan Umaimah Mohd Idris. Kami memberikan bantuan sedaya yang mampu. Hati saya pilu dan sebak melihat pingat kebanggaan yang dicapai di sekolah digantung tepi almari rak yang usang, begitu juga itulah sahaja rak yang menempatkan semua buku dan alatan tulis. Masih ingat lagi, senarai barangan Hari Raya yang belum dibeli yang saya nampak di atas meja untuk setiap adik -beradiknya. (Yes, i cried )

Lawatan ke Seremban menaiki komuter dan ETS baru-baru ini sebetulnya dibayar sepenuhnya oleh seorang guru (diminta untuk dirahsiakan) kerana pada awalnya dia sudah berkata dia tidak mampu untuk pergi berhibur walau sekali dalam hidupnya. Bukan keperluan mengikut kata keluarganya.

Ayub; saya sifatkan seorang anak yang pemalu, sekadar ' pengikut - follower', tidak tahu apa yang dimahukannya. Periang dan potensi diri belum diluahkan lagi. Sepanjang tahun sekadar paling kuat 2A atau 1A. Saya sentiasa menitipkan nasihat di telinganya. Malah, leteran itu sentiasa dan acap kali tanpa jemu. Tanggungjawab saya.

" Ayub, ingatlah , emak ayah bukan orang senang "
"Ayub, kurangkan main"
"Ayub, kalahkan kakak Siti yang dapat 3A2B tu"
"Ayub, tengok ayah, kesiankan kerja susah"
" Ayub, dirikan solat "

Ayub hanya sekadar senyum tersengih. Tapi, saya tahu ayat-ayat saya sampai masuk ke dalam hatinya. Saya selalu teringatkan emaknya menghantar mereka adik-beradik satu motor beramai-ramai. Atau, kadangkala, Ayub atau kakaknya berjalan kaki dahulu sebelum diambil ibunya. Ia seperti adegan drama yang amat melekat dalam hati saya. Begitu jugalah gambaran dalaman rumah Ayub. Sentiasa di kepala.

Kelmarin, selaku guru kelas saya memanggil nama Ayub untuk keputusan UPSRnya, saya tahu saya akan 'banjir' dengan air mata saya. Saya berdiri sekeliling melihat ayah Ayub sedang berdiri berdebar.

"Bahasa Melayu Pemahaman A
Bahasa Melayu Penulisan A"

Saya lihat riak mukanya lagi.

" Matematik A
dan, Sains A "

Saya lihat air mata Ayub sudah mengalir. Ya, dia tidak percaya. Kejutan buat dirinya. Kejutan buat warga guru. Kejutan buat keluarganya juga.

Ketika mahu menyebut keputusan Bahasa Inggerisnya ialah B, saya sudah menangis hiba. Saya lihat ayahnya menangis kegembiraan. Anaknya tidak mendapat 5A tetapi dia gembira anaknya memperoleh 4A 1B. Suatu yang tidak disangka selama ini.

Saya menangis kerana terkenangkan keluarganya yang susah. Betapa sukarnya saya selaku cikgu mahu menyuruh anak murid lelaki untuk berubah dan konsisten belajar. Saya membayangkan juga rumahnya yang dipukul ribut. Saya terkenangkan 'senarai' itu. Saya terkenangkan rak almari itu. Saya terkenangkan atap rumah yang terbang hampir hilang semuanya. Saya terkenangkan Ayub yang membantu bapanya di kebun atau kerja-kerja kampung. Saya terkenangkan Ayub yang sentiasa pemalu dan tersenyum, tidak pernah menangis selama ini, tiba-tiba menangis dengan hiba dan sebak atas kejayaan yang tidak disangkanya sendiri.

Masyaallah. Kisah keluarga ini benar-benar satu inpirasi buat saya. Tentang percaya kepada misi mendidik anak bangsa hingga ke semangat yang terakhir.

Akhirnya, hampir semua warga guru dan ibu bapa turut menangis mengikut air mata saya , apalagi selepas itu ayahnya datang memeluk erat anaknya. Ayahnya yang garang dan tegas - sentiasa ditakuti anak-anaknya. Ayahnya yang selalu berharap dari jauh. Namun, kasihnya hari itu telah ditunjukkan.

Allah. Allah. Allah. Allahuakbar. Saya tidak akan lupakan kemanisan ini sepanjang hidup. Ia lebih bererti menjadi seorang 'cikgu kampung' daripada menjadi orang yang berbaju kemas, bertali leher di pejabat berhawa dingin. Hidup saya lebih bermakna di sini. Ia menambah nilai kepada diri keseluruhannya. Demi Allah. Untuk tuhanku.

Tahniah Ayub, cikgu belajar sesuatu daripada kamu tentang hidup.



Sumber: https://www.facebook.com/shahidan.shuib

Harga minyak Petrol RON95, RON97 turun 1 Disember 2014!

Posted By: TTO Admin - 29.11.14

Satu surat daripada Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan Malaysia telah tersebar menunjukkan bahawa Harga Minyak Petrol bagi RON95 dan RON97 akan turun berkuatkuasa 1 Disember 2014 ini.

Jumlah penurunan bagi kedua dua harga minya petrol itu ialah masing-masing sebanyak 4 Sen seliter bagi RON95  dan 9 Sen seliter bagi RON97. Walaubagaimanapun, harga minyak diesel akan berlaku kenaikan sebanyak 3 Sen seliter.



Thursday, 27 November 2014

Luahan hati Pensyarah pengalaman buruk Pusat Servis Proton

Posted By: TTO Admin - 27.11.14

Tragedi Proton di Pusat Servis Kolombong

1. Serius. Bila menulis entri ini, sebenarnya saya ada sikit rasa bersalah. Seolah-olah anti-patriotik. But enough is enough.

Sudah bertahun-tahun Proton beroperasi di Malaysia; menikmati penguasaan pasaran domestik yang berguling-guling jatuh ke riba, natijah dari dasar perlindungan automobil nasional. Bagaimana modusnya? Dengan cara mengherotkan pasaran sebenar harga kereta, sekaligus memberi rakyat beban kewangan yang lebih berat dari sepatutnya.

Jika dihimpun pengalaman kolektif rakyat Malaysia berkait produk dan servis Proton: agak-agak sejijik mana? Piagam "mesra-rakyat" yang sepatutnya jadi teras servis industri kereta kebangsaan ini: tuntas atau mitos? Barangkali Proton adalah contoh klasik sebuah entiti industri yang licik melindungi dosa korporatnya dengan topeng patriotisme.

2. Saya rasa begini. Sudah sampai masa rakyat patut bangkit mempersoalkan secara kolektif: Adakah Proton benar-benar berjiwa nasionalis atau cuma kapitalis yang dipacu ketamakan materi? Persoalan paling penting juga: masih perlukah lagi kerajaan meneruskan dasar perlindungan pasaran untuk menjaga kepentingan Proton, serta menjadikan rakyat sebagai tukaran korban?

Untuk menilai persoalan-persoalan ini dalam konteks realiti; saya mahu berkongsi pengalaman personal dengan Pusat Servis Proton (Kolombong) yang diketuai oleh Doreen James. Biarpun ini cuma insiden peribadi, tapi mungkin boleh beri gambaran asas tentang mod operasi perniagaan syarikat yang dibangunkan dari airmata rakyat ini.

Saya tidak pernah merayu di Facebook. Tapi kali ini saya terpaksa. Dengan rendah hati, saya mohon semua pengguna Proton (khususnya yang ada di Sabah) untuk luangkan sedikit masa membaca pengalaman ini. Suara adalah satu-satunya senjata marhaen untuk berdepan dengan kuasa kapital syarikat-syarikat burjois.

3. Tragedi saya bermula begini.

Saya hantar kereta ke Pusat Servis Proton di Kolombong pada 1 Okt 2014. Hampir satu hari di bengkel untuk buat diagnosis masalah dan anggaran kos serta jumlah hari yang perlu untuk pembaikan. Saya dibagitau kosnya sekitar RM4K ++; serta akan ambil masa seminggu untuk siap. Temujanji pembikinan ditetapkan pada 20 Okt.

Saya pun hantar kereta pada tarikh tersebut. Selepas seminggu, saya masih tidak dapat sebarang maklumbalas. Bila dihubungi, Proton cakap masih dalam proses pembaikan. Pada 31 Okt (selepas 12 hari), bila ditelefon lagi, barulah Proton kata ok. Boleh ambil sudah. Tapi sebab saya kebetulan perlu pulang kampung segera; saya tunda pengambilan itu ke hari Isnin, 3 Nov.

Pada 3 Nov, RA saya datang ke Proton seawal jam 10.00am. Selepas buat bayaran sebanyak RM4200, dia terpaksa menunggu lagi berjam-jam sebelum kereta boleh diambil. Can you believe it? Selama 15 hari kereta itu di pusat servis, ia masih lagi dalam pembaikan. Padahal anggaran asas selepas pre-diagnosis masalah, katanya maksimum 1 minggu. Sisihan piawai lebih 100%!

4. Tapi tragedi saya tidak tamat di sini.

Selepas ambil kereta pada 3 Nov di pusat servis Proton, belum pun sampai di opis: enjin kereta tersedak-sedak. Macam itik terlebih seks. Oil indicator juga tidak berfungsi. Masalah oil indicator ini TIDAK PERNAH WUJUD sepanjang saya memandu kereta ini sejak 2006. Bahkan ia bukan pun satu masalah yang dikenalpasti dalam diagnosis pertama pada 1 Okt.

Maksudnya apa? Masalah 'petunjuk minyak' itu HANYA timbul selepas kereta saya dimasukkan ke bengkel Proton ini.

TETAPI yang paling menakutkan: bila kami komplen, foreman yang in-charge kereta saya (Jainal), memberitahu bahawa sebenarnya kereta tersebut belum siap sepenuhnya (selepas 15 hari di pusat servis!). Saya tanya: kenapa Proton boleh telefon saya untuk ambil, kemudian minta bayaran seterusnya release kereta kalau ia belum siap sepenuhnya?

Jawapan Jainal: "Saya pun tidak tau kenapa diorang buat begitu". TIDAK TAU??? Seriously ladies and gentlemen, THIS confession came from its own staff!

5. Yang membenarkan kereta saya diambil adalah Doreen James, iaitu pengurus tertinggi pusat servis itu sendiri. Pihak akaun juga telah minta dan terima bayaran. Tetapi hakikatnya: mekanik yang membuat kerja baik-pulih dan pemeriksaan akhir belum pun menghabiskan kerja-kerjanya. What does it mean? Doreen James melanggar integriti perkhidmatan dengan membenarkan kereta yang masih dalam pemeriksaan (dan berkemungkinan dalam keadaan bahaya!) dipandu keluar oleh pelanggan.

Saya hantar semula kereta pada 7 Nov untuk proses baikpulih beberapa masalah yang belum selesai; termasuk petunjuk minyak yang TIDAK PERNAH menjadi isu sepanjang saya menggunakan kereta tersebut. Saya tanya Doreen: kenapa pusat servis telefon customer untuk ambil kereta yang belum siap? Kenapa boleh release kereta padahal proses baik-pulih kereta dan prosedur check-up untuk keselamatan belum dilaksana sepenuhnya?

Jawapan Doreen: "Sorry, itu memang 'internal miscommunication' di antara staf opis/akaun, foreman dan mekanik." This is a VERY SERIOUS HUMAN ERROR. Walaupun dia nampak genuinely apologetic; saya tidak fikir dia betul-betul memahami risiko keselamatan yang dia sabitkan kepada saya selaku pengguna kereta tersebut. Akibat kecuaian manusiawi para pekerja di bawah pentadbirannya.

6. Now, this is the BIGGEST issue. Yang bikin saya panas dan menulis catatan ini; serta akan memfilekan aduan rasmi kepada Tribunal Pengguna.

Kereta dihantar semula untuk baik-pulih pada 7 Nov; dan siap pada 19 Nov. I have to pay almost RM800 this time. Tetapi selepas 3-4 hari, masalah oil indicator (yang timbul pada HARI PERTAMA selepas kereta itu keluar dari pusat servis Proton) masih tidak selesai. Kemudian kereta dihantar lagi ke pusat servis sekali lagi. Saya pun tidak tau, lebih sebulan mereka tahan kereta saya: masalah begitu pun tidak selesai. Apa yang mereka buat? Bersenggama beramai-ramai dalam kereta saya?

Semalam saya dibagitau oleh Pusat Servis Proton Kolombong bahawa saya perlu bayar lagi sekitar RM500++ untuk masalah oil indicator tersebut. WTF?

Consider this circumstances. Kereta saya berada di bengkel mereka selama 29 hari; dan saya telah membayar sejumlah lebihkurang RM5K (RM4200 + RM800): kemudian bila kereta itu dipulangkan, saya dapat MASALAH BARU (oil indicator tidak berfungsi) yang tidak pernah jadi isu sepanjang saya pandu kereta itu sejak 2006. And now they want me to pay another RM500++ for it!

Seriously, Mrs. Doreen James: ini pusat servis kereta atau sebenarnya pusat mengutip sial dan laknat hidup?

7. My argument is very simple: that problem WAS NOT THERE when I sent the car to Proton the first time (20 October). Then, the VERY FIRST DAY after taking back my car on the 3 November: the problem BEGAN to occur.

Tapi menurut Pengurus Pusat Servis Proton Kolombong, si Doreen dan juga foreman si Jainal: "Apa boleh buat masalah itu timbul NGAM-NGAM pada hari pertama kereta kamu keluar dari pusat servis kami. Tapi kerosakan itu memang tiada kena-mengena dengan apa yang kami buat di sini. Jadi kami tetap akan charge kamu untuk mengganti spare-part yang menyebabkan oil indicator itu rosak".

Selama lebih 15 tahun saya bergelumang dengan statistik dan hukum kebarangkalian sesuatu insiden berlaku: ini pertama kali saya jumpa dengan manusia yang cukup yakin bersandar pada "teori kebetulan" untuk satu peristiwa seganjil begini.

8. Here my question is: what is the PROBABILITY that my oil indicator suddenly decides to misbehave, selepas keluar HARI PERTAMA dari pusat servis ini? Padahal selama 8 tahun (2920 HARI), saya tidak pernah ada masalah tentang ini. Saya persoalkan ini; dan meminta pusat servis Proton bertanggungjawab. Especially after all the misadventures I was forced to endure.

Tapi kata si Doreen: "Saya tidak sangka kamu boleh berfikiran begitu dengan staf kami di sini. Seolah-olah kami ada buat apa-apa pada kereta itu". TIDAK, saya bukan berprasangka. Tapi saya ada asas yang CUKUP MUNASABAH untuk menyangka bahawa isu itu ada kaitan dengan pusat servis tersebut.

Pertama, kereta saya berada di sana selama 29 hari. Ada macam-macam boleh berlaku. Kedua, telah terbukti bahawa integriti dan kebolehpercayaan pusat servis ini diragui menerusi beberapa kesilapan bersiri sepanjang berurusan dengan mereka. Misalnya: pusat ini release kereta yang belum lengkap kena check, kelewatan lebih 100% dari julat masa yang dijanjikan, internal communication yang bertele-tele kalangan stafnya sendiri dan beberapa insiden lain. Kalau koordinasi dan pentadbiran mereka memang se-erratic begini, tidak logikkah kalau ada kesilapan lain yang boleh berlaku?

9. Saya akan file-kan aduan kepada Tribunal Pengguna pada minggu ini. Tapi saya harap rakan-rakan boleh membantu memberi sebarang info lain yang berkaitan. Misalnya kalau ada sesiapa mengalami insiden yang serupa.

Terima kasih banyak, kerana sudi mendengar suara ini. My simple advice is: avoid buying Proton cars. BANYAK MASALAH. Kalau sudah terbeli, JANGAN SEKALI-KALI datang ke pusat servis Proton di Kota Kinabalu. Baik yang di Kolombong, mahupun di Inanam. I used to have bad experiences at both centres!

Dr. Remzah Dambul
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah

Wednesday, 26 November 2014

5 Gambar kaki pejalan kaki koyak dilanggar bas di Chow Kit Road

Posted By: TTO Admin - 26.11.14

5 Gambar dikongsikan oleh pengguna media sosial menunjukkan seorang pejalan kaki cedera parah di bahagian paha kakinya yang terkoyak akibat dilanggar oleh bas di Chow Kit Road petang tadi.







Tuesday, 25 November 2014

Punca penunggang motosikal perempuan maut, kepala putus nahas di Lebuhraya Skudai (3 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 25.11.14

Satu kemalangan ngeri berlaku sebelum Kemayan City dari arah Skudai ke Johor Bahru melibatkan Kereta, motosikal dan lori. Menurut perkongsian info, dipercayai kepala penunggang motosikal perempuan itu terputus.

Melalui beberapa komen pengguna media sosial, kejadian dikatakan berpunca daripada kereta yang menukar lorong. Perempuan itu terjatuh daripada motosikalnya sebelum digilis oleh kenderaan yang berada dibelakang.


Menurut warga setempat, tempat kejadian merupakan kawasan yang kerap kali berlaku nahas ngeri yang melibatkan kematian.

Takziah buat keluarga mangsa. Al-Fatihah.


 

Luahan hati Khalid Senik rasa tertipu beli Honda CRV baru

Posted By: TTO Admin - 25.11.14

Luahan hati Khalid Senik:

Assalamualaikum admin Saya ada membeli kereta model crv pada minggu lepas dengan sebuah dealer honda malaysia iaitu Kah motor sdn bhd.harga kereta adalah rm148800.00.kami telah membayar deposit rm64000 lebih dan balance menggunakan loan bank.

Pada jumaat lepas iaitu bersaman 21/11/14 pada pukul 5 pm ,kereta saya telah sampai di dealar bangsar.saya telah membuat satu check sebelum menerima kereta tersebut dimana,bahagian tepi body ada calar terguris dan pada bumper bahgian hadapan. Pintu bahagian dalam sebelah passenger hadapan ada masalah dengan sensor pintu yg kerap bernyala.yang ketiga bahagian atap dalaman kereta telah kotor berwarna karat.

saya telah melaporkan kepada salesman tersebut dan salesman tersebut sgt bertanggung jawab memberitahu datang pada hari isnin pagi untuk pergi ker head office kah motor sdn bhd. pada hari ini tengahari tadi saya isteri anak-anak saya berumur 3 tahun dan 2 bulan baru lahir telah pergi ke bangsar berjumpa salesman tersebut. Kami dibawa ke gudang kereta di jalan ipoh selepas itu dibawa ker show room selayang Kah Motor untuk berjumpa dengan pihak manager di selayang untuk berbincang mendapatkan kereta baru.

Apabila sampai salesman yang jual kereta kepada kami dibangsar telah menerangkan segala masalah kami kepada manager tersebut mengatakan customer iaitu pihak kami ingin ganti kereta baru sebab QC Kah Motor sdn telah gagal memeriksa kereta sebelum deliver kepada kami. manager tersebut telah bersetuju salah mereka tetapi kami telah meminta gantian kereta baru. Manager service selayang itu memberitahu segala masalah ni akan dibetulkan.

Kami tidak setuju kerana kami membayar deposit cukup tinggi disini pihak Kah Motor sdn bhd telah gagal memberi kereta yg dalam keadaan baik dan kondisi yang tidak elok dimana kami sebagai pengguna tidak puas hati.

Kami ajak berbincang dan manager service selayang memberikan kata putus bahawa hanya satu solution dia boleh berikan ganti atap baru serta polish dan betulkan sensor.kami terasa seperti ditipu dimana sepatutnya pihak QC honda malaysia dan Kah motor sdn bhd sepatutnya check sebelum memberikan kereta kepada kami ini mereka memberikan dalam keadaan tidak sepatutnya dan disini saya telah diberikan pendapat oleh manager tersebut dimana dalam kes sebigini honda malaysia tidak Akan mengantikan kereta baru. buat la macam mana.tapi kami tidak bersalah membayar deposit tepat pada masa dan tinggi admin.

Adakah adil untuk kami sebagai pengguna.selepas itu kami tidak memiliki kenderaan lain terpaksa akur dan bagi untuk repair dan terpaksa setuju ngan cadangan yang tidak kami berjaya untuk meminta ganti kereta baru.harap pihak honda malaysia sdn bhd dapat tahu segala issue saya ini.

Sekian terima kasih admin dan saya sungguh menghargai.moga segalanya selesai.

Sumber: FB Page Saya Sayang Tun Dr. Mahathir

Monday, 24 November 2014

Punca sebenar Van Ambulans melawan arus di Lebuhraya Pantai Timur

Posted By: TTO Admin - 24.11.14

Satu video tersebar di mana detik-detik cemas seorang pemandu hampir melanggar van Ambulans yang melawan arus di laluan lorong laju di Lebuh Raya Pantai Timur. Mohd Syawwil Idham menceritakan kejadian itu bersyukur kerana terselamat daripada kemalangan buruk sekiranya beliau tidak sempat mengelak.
"Syukur pada kehadrat Illahi sebab bagi peluang untuk saya merasai nikmat kehidupan ini lagi.. Apa pandangan kawan2 semua, betul atau salah tindakan ambulans ini.. Pukul 1.30 petang tadi 23/11/2014 Tengah highway LPT,  Sebuah ambulans KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA RAUB No Pendaftaran W 7183 L melawan arus pada kedudukan lorong  laju (FAST LANE) tanpa membunyikan sebarang siren.. Syukur saya masih sempat mengelak dan brek emergency, mungkin tanpa bantuan ABS, mungkin kenderaan saya telah berpusing dan berlaku kecelakaan pda kami sekeluarga.. Mohon pihak kementerian yang terlibat untuk AMBIL SERIUS perkara ini.. Mungkin pada saya selamat sebab masih mampu mengelak.. Pada pengguna jalan raya yg lain bagaimana?? Mohon pencerahan daripada rakan2 yg pakar dalam hal ini.." 
Namun, seorang forumer telah mendedahkan punca sebenar mengapa pemandu Ambulan itu mengambil tindakan merbahaya sedemikian. Tulis beliau:


Walaubagaimanapun, sehingga ke saat ini pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.

Isteri mengandung dibelasah suami gara-gara tak masak tengah hari

Posted By: TTO Admin - 24.11.14

Kuala Lumpur: Seorang suami tergamak mengheret isterinya sebelum memijak kepala wanita itu berulang kali hanya kerana mangsa gagal memasak juadah tengah hari.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa yang berusia 30-an diserang suami ketika mangsa sedang bekerja di pejabatnya terletak di Bangsar di sini.

Lebih menyedihkan apabila mangsa yang dibelasah suami itu sedang mengandung tiga bulan.

Sumber polis berkata, suspek mulanya menghubungi isteri yang sedang bekerja kira-kira jam 3 petang dan meminta wanita itu pulang ke rumah untuk memasak.

“Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak boleh pulang ke rumah berikutan masih bekerja. Jawapan itu menyebabkan suspek mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat.

“Suspek kemudian muncul di tempat kerja mangsa dan menyerang isterinya itu. Malah, mangsa diheret suami hingga ke tingkat bawah bangunan pejabat,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang kesakitan bagaimanapun cuba melawan menyebabkan insiden menjadi semakin tegang.

“Suspek kemudian bertindak mencekik isterinya dan membelasah mangsa sebelum berjaya dileraikan rakan setugas,” katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum sudah beberapa kali dibelasah suspek yang menendang dan memijak mukanya.

“Suspek dikatakan sering memaksa mangsa berhenti kerja namun mangsa enggan berikutan suaminya adalah seorang penganggur.

“Akibat kejadian itu mangsa cedera di muka dan lebam sebelum menerima rawatan di klinik berhampiran,” katanya.

Bimbang kejadian lebih buruk, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

“Difahamkan suspek bertindak menghalau isterinya dari rumah sejurus kejadian serangan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. -Mymetro

Sunday, 23 November 2014

Cerita sebenar pekerja Restoran Ali Maju lap meja "tebar roti canai" guna mop lantai

Posted By: TTO Admin - 23.11.14

Satu video jijik berjaya dirakam menunjukkan seorang pekerja Restoran Ali Maju, Setiawangsa membersihkan meja didakwa tempat tebar roti canai dengan menggunakan mop lantai. Rakaman itu telah tersebar secara meluas membuatkan ramai yang merasa geli dengan kejadian itu.

Walaubagaimanapun, hasil pertanyaan melalui whatsapp kepada pemilik Restoran itu iaitu Dato Ali sendiri mengesahkan bahawa kejadian itu sememangnya berlaku namun bukan di meja tempat menebar roti canai, sebalik meja untuk membungkus Tom Yam yang telah siap. Beliau juga mengatakan akan mengenakan tindakan ke atas pekerja terbabit dan turut mengakui mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Sumber: Pic @Emanthehalia

Inilah kebaikan teknologi pada zaman kini yang mampu mendedahkan sesuatu kejadian dan perbuatan buruk individu namun informasi yang salah juga kadang-kadang akan menganiaya pihak yang tertuduh. -Tengoktvonline

Lihat Video:

Punca Rider Ducati maut, putus kaki kemalangan di KM61.5 Kluang (Video & Gambar)

Posted By: TTO Admin - 23.11.14

Johor Bahru: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan membabitkan motosikal yang ditungganginya dengan sebuah kereta di Kilometer 61.5 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Kluang di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, mangsa Suhaizim Mohamed Noor, 34, sedang berkonvoi dari Johor Bahru menuju ke Ayer Hitam sebelum melanggar sebuah kereta dan terbabas ke pembahagi jalan.

Mangsa yang menunggang motosikal Ducati Monster 795 dilaporkan tercampak dan putus tangan serta pergelangan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Melalui perkongsian video oleh laman Facebook DailyTrafficReport turut mendedahkan punca penunggang motosikal tersebut tidak dapat mengelak daripada merempuh kereta itu yang menukar lorong secara tiba-tiba.
Difahamkan, kereta yang terbabit dalam kemalangan itu terus memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum beredar membuat laporan polis.

Lihat Video:


Saturday, 22 November 2014

Gadis marah ayah tak pandai pam tayar kereta Peugeot!

Posted By: TTO Admin - 22.11.14

Satu prinstscreen oleh seorang pengguna twitter Farahsyazwanimj tersebar di media sosial menunjukkan gambar seorang perempuan dipercayai mahasiswa yang baru habis berkonvo dilihat memarahi ayahnya di sebuah stesen minyak Petronas.

Semuanya berpunca kerana ayahnya itu tidak pandai menggunakan pam angin pada kereta "Peugeot" milik gadis itu.

Ramai yang melihat screenshot tersebut melemparkan kata makian terhadap perbuatan gadis yang amat biadap itu. Walaubagaimanapun, ada juga yang mempertikaikan kerana hanya sekeping gambar tidak mampu mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku.

Cikgu merungut tak boleh cuti dengan aman

Posted By: TTO Admin - 22.11.14

Cuti sekolah tiba lagi, namun para guru tidak dapat bercuti dengan aman kerana memikirkan tanggungjawab berat yang menunggu mereka pada tahun persekolahan 2015.

China Press melaporkan, senarai 100 tugas cikgu dikhabarkan sudah tersebar melalui Internet sementara ramai guru merungut di alam maya selepas menyemak senarai tersebut.

Antara tugas yang menunggu cikgu termasuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), Mentor Mentee, VLEFrog (pengajaran menggunakan Internet) dan HRMIS (sistem maklumat sumber manusia).

Walaupun bukan semua guru akan terlibat dalam kesemua 100 tugas, namun dijangkakan setiap cikgu masih memikul sehingga 80 peratus tugas.

Beberapa tugas turut mengkehendaki cikgu mengerja masa untuk memasukkan maklumat berkenaan dalam masa yang ditentukan.

SAPS (pengisian markah pelajar) juga merupakan tugas yang memeningkan cikgu.

Seorang cikgu memberitahu, komputer di sekolah adalah terhad dan ramai pendidik perlu menggunakannya secara bergilir, namun tempat kosong masih sukar ditemui.

Sesetengah cikgu merungut beban kerja yang berat mungkin memaksa mereka bertugas di sekolah pada Sabtu termasuk bermesyuarat, mengemas kini rekod, menghadiri kursus atau menganjurkan aktiviti.

Sementara itu, cikgu juga perlu menghadiri 25 kursus secara dalam talian dan menjalani peperiksaan melalui Internet.

Sekiranya, seseorang guru memperolehi markah di bawah 60, maka pendidik tersebut perlu mengambil ujian semula.

Kerja yang berat ditambah dengan ujian, maka tidak hairanlah ramai guru merungut. -Malaysiagazette

Monday, 17 November 2014

Suami mangsa MH370 terpaksa kahwin di sempadan Thailand

Posted By: TTO Admin - 17.11.14

PETALING JAYA: Status penumpang dan kru MH370 yang hingga kini masih belum dimuktamadkan bukan sahaja menyebabkan kepiluan kepada waris mangsa, malah ia turut menjadi 'penghalang' untuk mereka meneruskan kehidupan.

Antara masalah yang didepani waris mangsa terlibat ialah untuk membina rumahtangga dengan pasangan baharu.

mStar Online difahamkan, keadaan ini dialami sekurang-kurangnya seorang waris mangsa apabila dia terpaksa bernikah di negara jiran, sebelum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini.

Malahan, pasangan ini juga mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana mengamalkan poligami tanpa kebenaran kerana isteri baharunya bermadukan seseorang yang tidak diketahui statusnya sama ada meninggal dunia atau ghaib.

Sumber memberitahu mStar Online, suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November.

Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua.

"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami," katanya kepada mStar Online.

Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan mengahwini seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.

"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," kata sumber itu.

Isteri lelaki terbabit merupakan antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Bagaimanapun, usaha mengesan pesawat itu terus buntu kerana tiada sebarang bukti ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan.

Baru-baru ini, seorang ahli Parlimen meminta mufti dan pihak berwajib mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat MH370 yang masih hilang sehingga kini.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, fatwa itu perlu untuk mencari penyelesaian dan tidak timbul lagi kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga mereka.

Ikuti penjelasan pihak mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung situasi yang menimpa waris penumpang MH370 ini, Selasa. -mStar

Kisah sayu adik tahun satu terpaksa berjauhan dengan ibu bapa

Posted By: TTO Admin - 17.11.14
Sedihnya Bila Adik Tahun 1 Berketurunan Iban Ini Bertanya…”Cikgu..Bila Ari Lima?

Kepada adik adik yang masih bersekolah. Malam ini adik berada dimana? Mungkin adik berada di rumah sedang menonton cerita Korea bersama ibu dan bapa.

Mungkin juga adik sedang bermain permainan video atau bermain gadjet tablet. Setiap malam adik yang berada di tahun 1 hingga tingkatan 5 akan berada dirumah bersama ibubapa dan keluarga setiap hari.

Namun adik yang berada didalam gambar ini. Pada saat ini sedang nyenyak tidur beralaskan bantal sambil memeluk anak patung setelah menghitung hari untuk pulang pada hujung minggu ini. Adik didalam gambar ini amat merindui ibu dan bapanya.


Ini benar dik. Ini betul betul kejadian. Namanya Lysiana. Seorang kanak kanak Iban berumur 7 tahun. Seawal usia itu Lysiana sudah tinggal di asrama sekolah semata mata untuk 1 tujuan. BELAJAR. Itulah tujuannya.

Bagi adik adik dibandar usia yang sama juga ke sekolah namun perginya berhantar pulangnya disambut.

Namun Lysiana ini hanya dihantar oleh ibunya ditepi jalan rumah panjang di sebuah tempat bernama Klauh (berdekatan dengan Sri Aman). Jarak dari rumah ke sekolah hampir 60km mustahil bagi ibubapanya menghantar dan mengambil setiap hari.

Kerana itu kepergian Lysiana ke sekolah hanya menggunakan van pada petang Ahad dan kembali ke rumah ibubapanya pada petang Jumaat.

Cikgu masih ingat dik semasa cikgu mengajar kelasnya pada awal Januari … airmata Lysiana tidak kering dari bertakung dikelopak matanya.

Namun dia tidak pernah meraung berguling minta balik. Bila Cikgu lalu disebelah mejanya dia akan menarik tangan cikgu dan bertanya…”Cikgu … bila ari lima?” (Cikgu, bila hari Jumaat?) cikgu akan pegang kepalanya dan berkata … lagi 3 hari.

Maka mulutnya akan mencebik dan terus mewarnakan gambar aktiviti yang diberi. Sesekali dia mengesat airmata dengan lengan baju.

Anak sekecil ini sudah diajar berdikari. Anak sekecil ini sudah jauh berpisah dengan ibubapa demi mencari ilmu. Anak sekecil Lysiana ini sudah mula belajar mengemas tempat tidur sendiri di asrama. Anak sekecil ini sudah mula mencuci baju didalam baldi dibilik mandi. Anak sekecil ini sudah mula menyidai dan melipat kain bajunya sendiri. Anak sekecil ini diajar erti pengorbanan.

Sedangkan anak seusia Lysiana ini di Kuala Lumpur mungkin bajunya dicuci bibik. Anak orang JB seusia Lysiana ini mungkin tidurnya diatas tilam spring. Anak orang Georgetown seusianya mungkin makannya bersuap tidak makan bertalam

Angkara Stres Peperiksaan, biri-biri jadi mangsa nafsu pelajar

Posted By: TTO Admin - 17.11.14

Fresno (California): Seorang pelajar universiti yang dituduh mengadakan seks dengan biri-biri berkata, dia bertindak demikian kerana terlalu stres menghadapi peperiksaan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap mengadakan seks oleh rakan pelajarnya di Universiti Fresno State selepas mendengar bunyi bising dari kandang haiwan berkenaan di kampus.

Pelajar yang namanya tidak didedahkan memberitahu polis, dia amat tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya, menyebabkan dia minum terlalu banyak arak.

“Ia sungguk menjijikkan dan membuat saya marah. Kenapa perlu lepaskan geram pada haiwan semata-mata kamu tertekan dengan peperiksaan,” kata Marisa Burkdoll, antara pelajar yang menguruskan haiwan berkenaan di kampus itu.

“Pelajar itu bukan tertekan tetapi mungkin menghadapi masalah mental.

“Dia sasarkan haiwan yang tidak boleh mempertahankan diri mereka,” katanya sambil mendesak pihak berkuasa memenjarakan pelajar terbabit.

Biri-biri berkenaan ialah sebahagian daripada haiwan yang diternak di kampus itu untuk tujuan pembiakan dan ternakan. Ia kini dirawat oleh veterinar. - Agensi

Sunday, 16 November 2014

Pendedahan budak perempuan 10 tahun nyaris jadi mangsa culik!

Posted By: TTO Admin - 16.11.14


KOTA BHARU 15 Nov. – “Saya terpaksa berlari sejauh satu kilometer meredah air paras dada di kawasan bendang dan semak bagi menyelamatkan diri daripada penculik.”

Begitulah pengalaman pahit yang terpaksa ditempuhi Irisha Devia, 10, ketika melarikan diri daripada penculik dalam kejadian di Banir Belikung, Pasir Puteh semalam.

Irisha juga terpaksa menahan kesakitan apabila badan, tangan serta kakinya terkena duri ketika melarikan diri di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian semalam, Irisha bertindak nekad melarikan diri daripada kereta yang membawanya selepas menjadi mangsa culik di depan rumahnya di Kampung Aril, Melor di sini.

Penjenayah yang menaiki kereta jenis Proton Saga itu bertindak melanggar mangsa dari belakang ketika dia sedang menunggang basikal bersama seorang lagi rakannya.

Menceritakan detik tersebut, Irisha berkata, sewaktu diculik pada pukul 3.30 petang, dia sedang menunggang basikal bersama rakannya berhampiran rumah mereka.

Katanya, secara tiba-tiba sebuah kereta telah melanggar mereka sehingga terjatuh sebelum seorang lelaki keluar daripada kenderaan berkenaan.

“Lelaki itu berpura-pura bertanya kepada saya mengenai kecederaan yang dialami akibat daripada kemalangan itu sebelum bertindak menarik saya masuk ke dalam kereta.

“Saya kemudiannya menjerit. Lelaki itu menyuruh saya diam. Dia kemudian memandu kereta dengan sebelah lagi tangannya mengepit tubuh saya. Saya hanya fikir untuk menyelamatkan diri ketika itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Tambah Irisha, ketika sampai di Pasir Puteh, kereta penjenayah itu tersekat di dalam tanah berlumpur di sebatang jalan di kawasan berkenaan.

Katanya, ekoran itu, penjenayah terbabit telah menghubungi rakannya untuk membantu menolak kereta tersebut.

“Apabila kawannya datang, dia menyuruh saya menyorok dalam semak dan tidak melarikan diri. Saya bagaimanapun mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.

“Saya berlari sekuat hati dan mengharung bendang dan akhirnya saya sampai di sebuah rumah dan meminta bantuan daripada seorang wanita. Wanita itu kemudian membawa saya ke Balai Polis Selising,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Sementara itu, bapa mangsa, Surendharan Kumar, 49, melahirkan rasa syukur kerana anaknya terselamat daripada menjadi mangsa penculikan tersebut.

“Saya bersyukur kerana anak saya dijumpai semula. Anak saya boleh dikatakan bernasib baik. Tidak tahu apalah yang berlaku jika dia menjadi mangsa penculik itu.

“Saya berharap supaya kejadian ini tidak berulang lagi kepada anak saya atau anak-anak yang lain,” katanya. -Utusan

Friday, 14 November 2014

Zahiril perjelas punca sebenar solat di Parkir PWTC

Posted By: TTO Admin - 14.11.14


PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.

"Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.

Gambar Zahiril yang tersebar di laman sosial selepas dimuat naik oleh seorang peminatnya.

"Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau," ujarnya kepada mStar Online.

Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.

Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.

Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial.

"Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet sahaja.

"Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat," katanya. -mStar

2 Gambar ngeri kayu tercucuk di muka tembus di kepala lelaki

Posted By: TTO Admin - 14.11.14

Konin (Poland): Seorang lelaki nyaris maut selepas jatuh di atas sebatang kayu hingga menyebabkan kayu itu tertembus kepalanya. Kakitangan sebuah hospital di Poland terkejut melihat Kamil Podwinski tiba di hospital itu dengan kayu 15 inci itu terpacak pada mukanya.

Lelaki berusia 40 tahun itu memberitahu jururawat, dia sedang bekerja di rumahnya apabila jatuh muka dulu pada batang kayu berkenaan.

Menurut akhbar New York Post, kayu itu menembusi bawah bola mata Pondswinski dan menembusi hingga ke belakang tengkuknya.

Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membantu apabila kakitangan hospital bimbang mereka tidak dapat mencabut kayu itu tanpa menyebabkan kecederaan lebih lanjut.

Jurucakap bomba Sebastian Andrezejewski berkata: "Kami menerima panggilan untuk membantu mencabut kayu dari muka seorang lelaki. Metro

Thursday, 13 November 2014

4 Gambar kes buli pelajar Sekolah Pondok Darul Iman terbongkar

Posted By: TTO Admin - 13.11.14

Kejadian kes buli di kalangan pelajar sekolah pondok Darul Iman, Kuala Berang di Terengganu terbongkar apabila didedahkan oleh seseorang yang tidak mahu dikenali yang didedahkannya melalui laman Facebook Friends Of BN.

Baca pendedahan penuh beliau:





Wednesday, 12 November 2014

Dihentam bertalu-talu punca operasi No. Plat oleh JPJ dihentikan?

Posted By: TTO Admin - 12.11.14

Satu surat daripada Pengarah JPJ dikeluarkan hari ini supaya penguatkuasaan ke atas kesalahan mempamir nombor  plat yang tidak mengikut peraturan ditangguhkan serta merta atas arahan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mula tersebar di media sosial.

Arahan ini mungkin berikutan respon negatif yang diterima oleh jabatan itu oleh rata-rata rakyat Malaysia yang mempertikaikan alasan plat nombor kenderaan sebagai punca kematian di jalan raya.

Ini pertama kali Jabatan itu dihentam secara bertalu-talu lebih kurang seminggu lamanya dan berterusan sehingga kini oleh warga media sosial yang menyebarkan gambar-gambar bukti salah laku yang dilakukan oleh jabatan penguatkasaan di jalan raya itu.



Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab