Sunday 8 March 2015

Punca kematian Pelawak terkenal, Harun Salim Bachik (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 8.3.15

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini setelah rebah dalam tandas di kawasan rehat PLUS Bukit Merah.

Beliau dikatakan dalam perjalanan pulang setelah menghadiri satu majlis perkahwinan di Pulau Pinang. Menurut sumber melalui TheRakyatPost, punca kematian adalah disebabkan oleh serangan jantung.

Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Salim Bachik. Mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an.

Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom Rumah Kedai diingati sehigga ke hari ini.

Selain daripada drama Rumah Kedai, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang di tayangkan di TV1. Gado-gado adalah batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.

Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati.

Kini, beliau memegang watak sebagai seorang guru disiplin dalam siri Oh My English di Astro TVIQ & Astro Maya.

Al-Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab