KAHERAH, – Seorang pelajar lelaki maut akibat dibelasah oleh gurunya di sekolah hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.
Memetik laporan sebuah portal, mangsa yang berusia 12 tahun meninggal dunia pada keesokan hari akibat pendarahan di otak.
Berikutan insiden itu, guru terbabit telah digantung kerja berkuatkuasa serta-merta. Guru berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan polis yang sedang mengenal pasti punca sebenar kematian.
Kejadian yang menyedihkan itu mengemparkan penduduk Mesir sekaligus menunjukkan jumlah kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak berada pada tahap yang amat membimbangkan.
Statistik serangan ke atas kanak-kanak pada tahun 2014 menunjukkan peningkatan kepada 55 peratus berbanding tiga tahun sebelumnya. 50 peratus dari kes keganasan itu dilaporkan berlaku di sekolah.
Sebelum ini, seorang pengarah sebuah rumah anak-anak yatim dipenjarakan tiga tahun atas tuduhan mendera kanak-kanak, sekitar September 2014.
Video penderaan itu telah dimuat naik di laman sosial yang menunjukkan tertuduh memukul kanak-kanak sehingga mereka bertempiaran lari sambil menjerit.
KONGSI
& Komentar
Tweet