Tulisan otai hartanah, Faizul Ridzuan di Facebook beliau sememangnya sasarannya tepat menuju orang Melayu. Bacalah kritikan ini bukan kosong, tapi kritikan membina:
SOTONG == SONTOT? KENAPA ORANG MELAYU SUSAH NAK KAYA?
Baru-baru ini, ada keratan surat khabar yang menunjukkan bahawa orang melayu cuma memiliki kurang dari 9% daripada jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia. Walhal kalau ikutkan populasi orang Melayu ada 60%. Kenapa jumlah kekayaan org Melayu di Malaysia ni sikit sangat? Mungkinkah kerana orang melayu sering ditindas atau dibuli oleh orang bukan melayu?
Kalau ikut pendapat saya, orang melayu akan kekal miskin sebab kita tak mahu belajar cara nak tingkatkan ekonomi dan memandaikan diri. Anda tgk gambar buku best-seller di MPH pun anda dah nampak perbezaan kualiti bacaan buku org melayu. Mereka lebih berminat mengetahui bertapa sotongnya, perfect, sombongnya suami-suami mereka.
Nak bukti lagi? Cuba teka majority orang apa yang pergi :
1. Perhimpunan bantahan GST
2. Yang layan drama cerita suami sotong, n raja lawak
3. Turun Karnival mengarut macam JomHeboh!
4. Yang minta dan harapkan BRIM.
5. Yang tukar kereta setiap 2-3 tahun tapi rumah sewa je. Seangkan mereka tahu yang kereta tu akan susut nilainya
6. Duduk rumah sewa lama2. Harga hartanah akan makin lama makin mahal. Lepas tu menyalahkan semua pihak lain kerana harga hartanah dah sampai level "mampu-tengok" saja sbb bila time rumah masih level mampu milik, mereka sibuk beli besi buruk mcm kereta, henfon.
7. Bila suruh berniaga atau kerja sales, mereka cakap pekerjaan ini takde kelas. Lebih senang berkerja pejabat dlm aircon walaupun gaji kecil.
8. Duit takde tapi terus nak kahwin. Sanggup berhutang RM20k-RM50k utk kawin.
Kalau nak terus buat perkara diatas, jgnla lepas ni sibuk nak salahkan org lain, kerajaan, bangsa kenapa kita kekal di takuk lama n tak berharta. Jangan nak salahkan orang Indonesia atau Bangla yang bekerja keras sampai boleh bukak perniagaan sendiri. Allah itu maha adil, siapa yang berusaha lebih akan dapat lebih, tak kira warna kulit ataupun agama.Ketika kita sibuk di buat semua benda karut di atas, ada yang sibuk buat benda lain :
1. Fikir macammana nak tingkatkan pendapatan 60% sbb GST 6% akan bermula bulan depan secara berniaga atau pelaburan.
2. Pergi belajar ilmu pelaburan sebelum melabur apa pun. Byk sifu-sifu terer yang low profile mcm :
Saham : Alwi Adam EzazWealth, Pakdi Suzardi M,
Hartanah : Abang Ensem, Rohaniahnoor Di Sini, Azizul Azli Ahmad, Shafie Bustan,Ishmael Ho, Wan Infolelong
Emas : Azizi Ali Mentor Wang, Afyan Mat Rawi.
Kewangan (simpan duit): Azizi Ali, Zaidi Ismail
Bukan mahal pun. Kalau anda rasa nak bayar beli buku RM30 dan masuk kursus RM200-RM300 tu mahal, cuba tanya mereka yang pernah kerugian berpuluh dan beratus ribu sbb salah melabur.
3. Belajar ilmu perniagaan dgn pakar perniagaan macam Pn Ainon ( maaf saya tak dapat nak tag beliau. Kalau ada berkawan dgn beliau boleh tag dia ke post ini).
Masih tak percaya lagi? Cuba teka bangsa mana yang tak nak belajar lepas tu kena sontot emas, FX, MLM dan pelbagai variasi skim cepat kaya/sontot? Bila kerja kita asyik baca buku/tgk tv mengenai suami sotong, mmg padanlah kita disontot.
WE ARE, WHAT WE READ.TO CHANGE YOUR LIFE, CHANGE WHAT YOU READ EVERYDAY.
KITA ADALAH APA YANG KITA BACA. KALAU NAK UBAH NASIB, KENA UBAH BAHAN BACAAN
KONGSI
& Komentar
Tweet