Yengnasir menggunakan Drone DJI Phantom 2 Quadcopter yang boleh mengambil gambar menggunakan alat kawalan jauh. Menurutnya, drone itu diterbangkan jauh daripada lapangan terbang dan jaraknya telah dikira menggunakan mode GPS.
Walaubagaimanapun, ramai yang masih bimbang dengan keadaan itu kerana ditakuti kejadian tidak diingini apabila pesawat melanggar drone tersebut. Peminat drone yang lain juga berang kerana tindakan Yengnasir itu sudah pasti menyukarkan lagi peraturan-peraturan penggunaan drone yang akan digubal pada masa akan datang.
Mengikut peraturan-peraturan ditetapkan kerajaan Malaysia, adalah menyalahi undang-undang untuk menerbangkan drone dari jarak 1.5 batu nautika ( 2.8 kilometer) dari sempadan lapangan terbang tanpa kelulusan daripada pengawal trafik udara.
Pesawat Saudi Arabia dan Airasia ketika mendarat yang berjaya dirakam
KONGSI
& Komentar
Tweet