Sunday 8 March 2015

Gambar terakhir Harun Salim Bachik bersama Afdlin Shauki

Posted By: TTO Admin - 8.3.15

Pelakon, Pengarah dan Pelawak terkenal, Afdlin Shauki yang juga merupakan sahabat baik kepada Arwah Harun Salim Bachik turut terkesan dengan pemergian rakannya itu. Dalam dua status Facebooknya, beliau memohon agar semua menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Afdlin juga memuatnaik sekeping gambar yang menurutnya adalah gambar terakhir mereka berdua sebelum pemergian arwah pada hari ini.


Gambar Terakhir bersama Harun Salim Bachik - Afdlin Shauki


Afdlin dan Arwah Harun Salim Bachik pernah popular menerusi gabungan mereka berdua dalam kumpulan Boboi ketika mengambil bahagian dalam program lawak terkenal Maharaja Lawak Mega.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab