Sunday 24 August 2014

Wanita hina Sultan Selangor keluarga lanun, tuduh lari dari Wan Azizah!

Posted By: TTO Admin - 24.8.14

Gara-gara tidak berpuas hati dengan perkembangan krisis Menteri Besar di Negeri Selangor, seorang wanita berbangsa cina meluahkan pendapatnya di Facebook dengan membuat status berbaur hinaan dan tuduhan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan keluarga Baginda.

Screen Shot Status wanita bernama Hu Long itu tersebar secara meluas melalui aplikasi Whatsapp. Beliau mengatakan Sultan Selangor sebagai keturuan Lanun Bugis dan perlu dijatuhkan  dan digantikan dengan wakil yang dipilih melalui demokrasi.

Dia juga menuduh Sultan Sharafuddin sengaja bercuti di luar negara semata-mata mahu melarikan diri daripada bersemuka dengan Wan Azizah, calon Menteri Besar daripada Pakatan Rakyat menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tindakan Hu Long ini jelas melanggar rukun negara iaitu "Kesetiaan kepada raja dan negara". Pihak SKMM perlu segera mencari identiti wanita bernama Hu Long ini. Sekiranya dia adalah warganegara Malaysia, kerajaan perlu menjatuhkan hukuman dengan melucutkan kerakyatannya! - Tengok TV Online

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab