Friday 22 August 2014

Gambar Pengadil perlawanan ATM vs JDT ditumbuk di muka tersebar

Posted By: TTO Admin - 22.8.14

Melalui Facebook Page Johor Southern Tigers, telah memuatnaik gambar pengadil yang didakwa ditumbuk dibahagian muka setelah tamat perlawanan bolasepak antara JDT dan ATM. Baca maklumat kejadian:
Daripada pelbagai jenis isu (dan kontroversi) berkaitan mutu pengadilan bola sepak dalam Liga Malaysia, satu kejadian tidak diingini telah berlaku baru-baru ini. Seorang pengadil daripada FAM yang bernama Encik Wan Mohamad Tarmizi Bin Wan Ibrahim telah dikasari dan ditumbuk di bahagian muka di pintu masuk Hotel Seri Malaysia pada 19hb Ogos 2014 lebih kurang jam 11.50 malam selepas tamat aksi perlawanan Piala Malaysia antara pasukan JDT dan ATM.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) amat kecewa dengan kejadian tersebut dan akan mengambil langkah inisiatif untuk merujuk kepada pihak berkuasa dalam memperbaiki dan meningkatkan lagi keselamatan di luar kawasan Stadium untuk semua pengadil di masa yang akan datang. Kami mendoakan agar Encik Wan Mohamad Tarmizi segera pulih dan dapat menjalankan tugas dengan segera.
Tidak diketahui siapa yang bertindak sedemikian dan punca sebenar kejadian itu berlaku. Namun melihat kepada status-status page dan komen penyokong JDT, pengadil pada malam itu dikatakan agak berat sebelah dan mutu pengadilan tidak memuaskan hati para penonton di stadium. -TengokTVonline

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab