Wednesday 27 August 2014

Pemandu Vios pusing-pusing di tengah lampu isyarat kerana 'stress' dibuang kerja (Video)

Posted By: TTO Admin - 27.8.14

Kuala Terengganu: Tertekan dibuang kerja, seorang lelaki menimbulkan kekecohan apabila berpusing-pusing dengan keretanya di tengah lampu isyarat sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dalam kejadian di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam.

Malah sebelum itu, lelaki berusia 23 tahun itu turut melanggar sebuah kereta Suzuki Swift dipandu seorang wanita berusia 27 tahun di hadapan sebuah Hotel Grand Continental Kuala Terengganu pada jam 8.50 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Halim Mohd Ishak berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu itu yang memandu Toyota Vios tersalah jalan apabila memasuki jalan sehala lalu bertembung dengan Suzuki Swift itu.

Beliau berkata, sebaik kemalangan berlaku, pemandu Toyota Vios itu terus berlalu tanpa mengendahkan kereta dilanggarnya.

Lelaki itu yang dipecat di Johor Bahru ditahan polis. -myMetro

VIDEO :-


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab