Thursday 7 August 2014

Lelaki bunuh diri dengan nota "Tidak Tahan Tekanan Kerja" ditemui

Posted By: TTO Admin - 7.8.14

SANDAKAN – Mayat seorang lelaki bersama nota bertulis ‘tidak tahan tekanan kerja’ ditemui di tingkat lima tempat letak kereta di salah sebuah bangunan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mayat Chang Fui Leong, 45, dijumpai pada pukul 2.50 pagi dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai terjun dari tingkat 10 bangunan berkenaan.

Katanya, semakan pada kamera litar tertutup (CCTV) bangunan tersebut mendapati mangsa yang berjalan seorang diri ke tingkat 10 tidak menunjukkan detik-detik ketika mangsa bertindak terjun.

Pemeriksaan menemui sekeping nota dalam tulisan Cina pada poket seluar mangsa berbunyi “Saya tidak tahan tekanan kerja, saya bunuh diri, tolong hubungi kawan saya dan adik saya,” kata Rowell.

Menurut Rowell mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk bedah siasat dan keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab