Thursday 8 May 2014

Tasha Shila akui saiz pembesaran hasil 2 bulan setengah guna produk kesihatan

Posted By: TTO Admin - 8.5.14


Tasha Shila baru-baru ini menimbulkan kontroversi baru setelah memuat naik sekeping gambar dimana dia sedang meneguk secawan air sambil memegang kotak minuman kesihatan Sofia Beauty Secret di ‘fanpage’nya.

Namun, gambar itu telah menimbulkan reaksi pengguna media sosial yang mempersoalkan sama ada Tasha Shilla ingin mempromosikan produk tersebut atau sengaja mahu memperagakan aset tubuh badannya itu. 

Ada juga yang menimbulkan spekulasi liar mengatakan Tasha melakukan pembedahan sehingga mendapat saiz sebegitu. Namun,  melalui laman Astro Gempak Tasha Shila tampil menjawab spekulasi yang timbul.

“Sungguh! Tiada pembedahan plastik…Tasha cuma minum produk itu…Kalau ada yang perasan perubahan pada Tasha, maknanya produk itu berkesanlah,” demikian komen Tasha Shila ketika dihubungi Astro Gempak pada Rabu.


“Sebelum ini pun orang kata Tasha pergi Bangkok buat hidung dan payudara…Jadi, bila cerita ni timbul Tasha tak tahu nak komen apa.

“Tapi apa yang Tasha boleh buat? Mulut orang kita tak boleh nak tutup biarkanlah mereka terus berkata-kata,” katanya.

Bagaimanapun menurut Tasha dia tidak kesal sekiranya ada yang melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya.

“Mereka ada hak untuk bercakap…Tasha tak ada niat lain, selain mahu berkongsi tentang keberkesanan produk tersebut, itu sahaja.

“Tasha dah menggunakan produk kesihatan dan kecantikan tersebut selama dua bulan setengah dan dapat hasilnya,” ujarnya yang merupakan pengguna tetap produk tersebut.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab