Monday 12 May 2014

Tak puas hati dikenakan caj melampau, lelaki sebar resit kedai mamak!

Posted By: TTO Admin - 12.5.14

Caj Makanan di Kedai Mamak semakin melampau? Saban waktu, semakin banyak resit-resit bayaran kedai mamak yang tersebar di media sosial. Bukannya kerana harganya murah, tapi sebenarnya caj yang boleh dianggap mencekik darah.

Terbaru seorang lelaki yang tidak berpuas hati melancarkan kempen boikot di Facebook kerana tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan oleh Restoran My Nasi Kandar di Mydin Seremban, Negeri Sembilan. 

Gambar yang tersebut jelas menunjukkan jenis makanan yang diambil namun dikenakan sebanyak RM84 ringgit. Beliau yang tidak berpuas hati dengan harga tersebut bertanyakan mamak di kedai itu. Jawapannya... 1 ekor sotong: RM10 dan 1 Telur ikan: RM11...

Kejadian ini adalah satu lagi contoh fenomena caj makanan mahal di kedai mamak semakin menjadi-jadi di seluruh negara. Jika sebelum ini kedai mamak dikenali sebagai restoran yang murah, kini pelanggan perlu selidik dahulu harga sebelum memesan sebarang makanan di restoran itu..

Luahan hati rakan Encik Onizuka:

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab