Saturday 3 May 2014

6 Gambar ngeri tangan kanak-kanak tersepit di tangga eskalator

Posted By: TTO Admin - 3.5.14
LAPORAN BOMBA: Pada 03.05.2014 jam 1639 bilik kawalan Kajang terima panggilan khidmat khas tangan tersepit di tangga bergerak (escalator ) FRT 02 dipandu PB 8441 diketuai PBKll 7652 bersama 3 orang anggota dan FRT 03 dipandu PB 9407 dan diketuai PB 7048 bersama 2 orang anggota dikejarkan ke lokasi.

Sampai di lokasi didapati seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 6 tahun tangan tersepit di escalator. Anggota bomba berjaya mengeluarkan dan menyelamatkan tangan mangsa kanak-kanak yang tersepit itu.


Memang tidak dinafikan kanak-kanak lelaki lebih sukar dijaga kerana mereka lebih aktif berbanding kanak-kanak perempuan. Oleh itu perhatian lebih perlu diberikan kepada mereka. Kejadian di atas bernasib baik kerana kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan yang teruk. 

Namun selalunya kesudahan tidak selalunya berakhir seperti itu. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat ibu-bapa diluar sana.

Lagi Gambar operasi menyelamat (Kredit Facebook Bomba Malaysia):






KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab