Sunday 11 May 2014

Kekasih penumpang pesawat MH370, Philip Wood diugut bunuh!

Posted By: TTO Admin - 11.5.14

Kehilangan pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac lalu bukan sahaja membawa pergi orang yang disayangi tetapi selepas insiden itu banyak kejadian malang menimpa Sarah Bajc.

Teman wanita kepada salah seorang penumpang pesawat tersebut iaitu Philip Wood,50, mendedahkan dia bukan sahaja bergelut dengan kesedihan kehilangan kekasih malah dirompak, diugut bunuh dan menerima panggilan telefon menakutkan.

Bajc memberitahu NBC News, kira-kira dua minggu selepas pesawat dilaporkan hilang dia menerima mesej segera berbunyi “I am going to come and kill you next” (saya akan datang dan bunuh kamu pula selepas ini).

Dia turut mendapat panggilan daripada nombor telefon tidak dikenali dari China tetapi gangguan terhenti selepas dia melaporkan perkara ini kepada agen FBI dan keluarganya.

Beberapa gambar lucah dan panggilan telefon turut diterima daripada nombor sama.

Bajc yang tinggal di Beijing berkata, gangguan tersebut bermula selepas pangsapurinya dipecah masuk buat kali pertama selepas dua minggu pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Walaupun barang dalam rumahnya tidak diselerakkan, Bajc dapat mengesan perkara itu apabila mendapati kata laluan pada peti besi keselamatan rumahnya telah diset semula.

Jiran-jiran turut memberitahu mereka ada melihat dua orang tidak dikenali meninggalkan rumahnya beberapa minggu kemudian.

Sebelum insiden MH370 berlaku, Bajc sebenarnya dalam proses untuk berpindah dari Beijing ke Malaysia untuk tinggal bersama Wood yang merupakan kakitangan IBM.

Dakwaan Bajc ini sedang disiasat oleh FBI. - News.com.au/mynewshub

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab