MARIAH CAREY menerima bayaran hampir £1 juta (Pound) untuk menyanyikan tiga buah lagu pada majlis peribadi Putera Azim, anak kepada Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi di Kota London.
Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.
Carey, 43, berkata, dia dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta -XE com) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.
Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite.
Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam.
Wakil jurucakap kepada Mariah Carey mengesahkan perkara ini namun tidak memberitahu jumlah sebenar wang yang dibayar kepada penyanyi itu. Menurut beliau lagi, harga yang dibayar Putera Brunei masih rendah jika diikut kepada standard artis-artis terkenal.
KONGSI
& Komentar
Tweet