Monday, 2 September 2013

Barang kiriman bernilai 20 ribu lesap, POS Malaysia tidak mahu bertanggungjawab?

Posted By: TTO Admin - 2.9.13


Surat daripada pengadu (Gadjetdijepun) kepada POS Malaysia;

Selamat sejahtera

Tempoh 3 bulan sudah diberi tapi saya masih tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati saya.

Puan Shamsila di talian 03-2267-2267 sambungan 6841 yang tidak menjawab soalan saya, seolah-olah ingin menutup kesalahan dalaman pihak Pos Malaysia.

Saya dimaklumkan oleh Puan/CIk Aqma sewaktu ketiadaan Pn Shamsila bahawa item saya sudah sampai ke Malaysia. Tetapi bila ditanya SIAPAKAH kali terakhir menguruskan item saya, TIADA jawapan diberi kerana alasan itu bukan hak pelanggan untuk tahu.

Saya boleh menerima kehilangan barangan saya yang bernilai 20 ribu dengan hati terbuka jika barangan itu hilang atas sebab tertentu seperti kapal terbakar, jatuh atau musnah sekalipun, tetapi malangnya tiada alasan kukuh diberi. Hilang dimana? Siapa yang hilangkan? Segala info itu tidak diberikan kepada saya.

Saya juga diberitahu bahawa barang yg hilang adalah bukan tanggungjawab Pos Malaysia, tetapi apabila saya ditanya agensi mana yang terlibat dalam menguruskan item saya, tiada jawapan diberi. Bila ditanya ada, jawapannya BANYAK. Bila diminta senaraikan jawapannya tidak boleh kerana itu bukan hak pelanggan untuk bertanya. Untuk makluman cik, barangan saya dibayar oleh saya, kos pos juga dibayar oleh saya, dan saya berhak untuk menuntut barang saya. Tetapi jawapan pos malaysia senang sahaja, SURUH penghantar buat laporan di pos jepun, tapi jika logiknya barang sudah sampai ke tangan pos malaysia. Itu adalah tanggungjawab pos malaysia. Jika laporan dibuat di Jepun sekalipun pokok pangkalnya akan kembali ke pos malaysia. Sudah nama kerjasama, susah senang bersama la.

Oleh sebab tidak mendapat kerjasama yang baik dari pihak pos malaysia, maka sudah sampai saya sendiri membuat tindakan selanjutnya. Oleh kerana item saya hilang tanpa sebab maka bolehlah saya kategorikan pihak pos malaysia atau agensi yang berkaitan pecah amanah dalam menjalankan tugas atau bahasa lembutnya barangan saya dicuri oleh pihak yang mengendalikan barang saya. Walaupun secara umumnya tidak diketahui pihak manakah yang perlu dipersalahkan tetapi asasnya pos malaysia wajar dipersalahkan kerana tidak memberi kerjasama yang baik, seolah-olah melindungi atau ingin menjaga nama baik pos malaysia sendiri sehinggakan maklumat-maklumat yang saya perlukan itu 'dirahsiakan'.

Selama tempoh 3 bulan diberi, jawapan TIDAK TAHU masih digunapakai. Apa yang pos malaysia buat? Bila ditanya TAK TAHU. Bila ditanya lagi PELANGGAN TIDAK BERHAK TAHU. Jika hilang katakan HILANG. Jika dicuri katakan DICURI. Tetapi SIAPA?DIMANA? perlu pelanggan tahu. Jangan beri jawapan TAK TAHU. Mustahil bagi syarikat besar seperti pos malaysia tidak mempunyai rekod sendiri. Siapa yang mengendalikan kali terakhir barangan saya? Tapi jawapan TAK TAHU. Sungguh tak logik.

Sebelum saya mengambil tindakan seterusnya, saya beri masa sebelum 30hb ogos ini kepada pos malaysia untuk memberi jawapan secara bertulis dan lisan terhadap soalan saya.

1. Di mana barang saya?
2. Adakah hilang?
3. Jika hilang bila kali terakhir ia dkemaskini dalam data?
4. Siapa yang kemaskini, dan siapa ketua semasa kemaskini barangan saya?
5. Syarkat mana kali terakhir memegang barangan saya?
6. Laporan penuh kehilangan barangan saya dari A sampai Z

Jika pihak pos malaysia masih gagal memberi kerjasama, terpaksalah saya adukan perkara ini kepada tribunal berkaitan, polis di bahagian Jab. Siasatan Jenayah Komersil,Bukit Aman,KL, pihak CMCF, CFM, SKMM dan sebagainya. Saya tidak akan berputus asa sehingga kes ini selesai dengan terungkai misteri 'orang dalam' yang terlbat atau saya mendapat pulangan wang 20k sebagai gantirugi.


Oh ya, jangan lupa media sosial sekarang juga memainkan peranan, facebook contohnya boleh memburukkan lagi nama pos malaysia jika layanan birokrasi ini masih ada. Fanpage dan friend saya di facebook sendiri berjumlah lebih 30ribu, cukuplah jika saya besarkan perkara ini rugi 1 ringgit setiap sorang. Sudah menjadi 30ribu. Belum masuk lagi hebahan ke page-page yang lebih besar yang mempunyai lebih 1 juta fanpage. 10% sudah cukup menjadi 100ribu.

Sebenarnya tidak rugi kalau beri kerjasama yang baik. Walaupun sebelum ini ada pegawai pos yang berkata 'kalau tak percaya pos malaysia jangan gunakan perkhidmatan kami' diketahui siapa namanya oleh pihak pos, dan dirahsiakan dari saya siapakah gerangannya. Tapi jangan ingat saya tak tahu siapa . Buat lah kerja dengan ikhlas.

#Harap POS Malaysia dapat menyelesaikan masalah ini  dengan segera!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab