Monday 11 May 2015

Wanita sesat minum susu badan sendiri untuk terus hidup

Posted By: TTO Admin - 11.5.15

Seorang wanita New Zealand yang telah hilang di hutan Wellington semalaman berkata dia minum susu ibu sendiri untuk terus hidup, lapor BBC.

Susan O’Brien, 29, telah mengambil laluan salah semasa perlumbaan Xterra di Taman Hutan Rimutaka.

Pihak berkuasa melancarkan operasi mencari apabila Puan O’Brien gagal sampai ke garisan penamat pada pagi Ahad.

Puan O’Brien, ibu kepada dua anak, akhirnya berjaya dibawa keluar pada jam 11:30 waktu tempatan (00:30 BST) pada Isnin.

Beliau kembali bersama dengan keluarganya dan perkara pertama yang beliau lakukan adalah memberi makanan kepada anaknya yang baru berusia 8 bulan, menurut Dominion Post.

Puan O’Brien, yang juga mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun, memberitahu pemberita: “Saya fikir saya akan mati.”

“Saya menyusukan bayi saya jadi saya mempunyai sedikit susu, jadi saya fikir saya perlu minum supaya saya dapat terus hidup.”

Dia juga mempunyai dua liter air, pek gel dan coklat dengannya, dilaporkan Radio New Zealand.

Beliau dipetik sebagai berkata kepada New Zealand Herald bahawa pengalaman pahit itu tidak akan menghalang beliau daripada terus terlibat dalam aktiviti ini.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab