Thursday 24 July 2014

Pengusaha Taska Temanku dakwa difitnah, mahu ambil tindakan undang-undang

Posted By: TTO Admin - 24.7.14

Berikutan penyebaran artikel pendedahan oleh seorang ibu di Facebook yang mendakwa anaknya dianiaya Taska Temanku, Menara PJD di media sosial dan blog-blog, pengusaha taska yang hanya mahu dikenali sebagai Razman, 45 tampil menjawab bahawa tuduhan yang tersebar.

Melalui Akhbar Metro, Razman mendakwa pendedahan itu adalah satu fitnah berikutan salah faham yang berlaku sebelum ini dengan penjaga bayi tersebut.

“Saya seolah-olah menjadi mangsa buli media sosial berikutan dakwaan itu tidak berasas dan sengaja disebarkan bekas pelanggannya susulan salah faham berlaku sebelum ini.

“Perniagaan pusat jagaan kanak-kanak milik saya hampir bangkrap berikutan tindakan individu menyebarkan fitnah kononnya kami mendera anak pelanggan dengan membalut tubuh mereka seperti mumia,”

“Pelanggan itu pernah menghantar anaknya ke sini, namun tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara. Dia menyebarkan maklumat tidak benar sekaligus meraih simpati ramai,”

Menurutnya, individu terbabit turut memuat naik gambar melalui laman sosial Facebook mendakwa pengasuh di taska miliknya sengaja menulis perkataan babi pada lampin dipakai kanak-kanak jagaan mereka.

Menurutnya, kecaman tidak berasas itu yang ditokok tambah mendakwa pengasuh taska membalut keseluruhan anaknya dengan kain dan hanya menampakkan mata dan rambut.

Razman juga mengatakan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan reputasi perniagaannya jatuh merudum.

"Kami sedia ditegur namun perbuatan menfitnah ini terlalu berat untuk diterima" Luah beliau lagi.

Beliau juga sudah membuat laporan Polis di balai Polis Setapak, Selangor.


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab