Monday 20 April 2015

Dipukul kerana tak hamil, dibakar kerana keluar tanpa izin!

Posted By: TTO Admin - 20.4.15

Multan (Pakistan): Seorang suami dan bapanya ditahan selepas mereka membakar isteri lelaki itu kerana meninggalkan rumah tanpa kebenaran.

Muhammad Siddique berang selepas mengetahui isterinya Shabana Bibi, 25, melawat adik perempuannya tanpa meminta kebenarannya, kata abang mangsa Muhammad Azam.

Siddique dan bapanya kemudian memukul Shabana sebelum menyimbah petrol dan membakarnya di daerah Muzaffargarh, tengah Pakistan, Jumaat lalu.

Pasangan itu berkahwin tiga tahun lalu.

Menurut Azam, sepanjang tempoh itu adiknya sering dipukul kerana kegagalannya untuk hamil.

Kejadian itu menyebabkan 80 peratus badan Shabana melecur. Dia meninggal dunia, kelmarin.

“Kami menahan suami dan bapa mentua mangsa. Mereka didakwa membunuh dan melakukan keganasan,” kata Ketua Polis Daerah Rai Zameer-ul-Haq.

Tuduhan ‘keganasan’ biasanya dibuat untuk mempercepatkan perbicaraan. - Agensi

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab