Tuesday 28 April 2015

5 Gambar keadaan jijik Kilang Pembuatan Fucuk Tauhu

Posted By: TTO Admin - 28.4.15
Beberapa keping gambar keadaan sebuah kilang membuat fucuk tauhu tersebar di media sosial. Keadaan kilang itu yang amat daif dan kotor itu mengundang reaksi jijik orang ramai terutama peminat masakan berasaskan bahan itu.


Menurut sumber, kilang  itu terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, telah menerima notis perintah tutup oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 8 sehingga 22 April 2015. Maksudnya, kilang itu mungkin telah beroperasi semula ketika ini sekiranya pemilik kilang berjaya mengatasi masalah kebersihan kilang pembuatan makanan itu.

Walaubagaimanapun, kesan penyebaran gambar itu secara langsung mendedahkan bahawa rakyat Malaysia terdedah dengan makanan yang tidak bersih dan tidak mustahil masih ada kilang seperti itu masih beroperasi tanpa dikesan oleh pihak berkuatkuasa.

GAMBAR:





KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab