Monday 10 November 2014

Sayu - 4 budak perempuan dihalau dari rumah oleh ibu berbekal RM70

Posted By: TTO Admin - 10.11.14

Empat orang kanak-kanak perempuan berusia antara 2 hingga 7 tahun ditemui berlegar-legar di Sibu Jaya, Sarawak oleh Pihak Polis pada 8hb November lepas. Berikut senarai nama kanak-kanak tersebut:

Menai (7 tahun) 
Iyen (7 tahun) 
Echa (4 tahun) 
Olivia (2 tahun) 

Turut ditemui bersama kanak-kanak malang itu ialah wang berjumlah RM70 dan payung. Menurut kanak-kanak itu, mereka dihalau oleh ibu mereka tanpa sebarang sebab. Polis cuba mengesan rumah kanak-kanak itu namun gagal ditemui.

Kesemua mereka telah dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

UPDATE: Punca kejadian menurut info adalah disebabkan ibu dan bapa kanak-kanak ini telah bercerai dan berkahwin dengan pasangan lain.


LAPORAN POLIS:

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab