Friday 31 October 2014

Jiran cerita punca sebenar budak 3 tahun diikat pengasuh

Posted By: TTO Admin - 31.10.14

Jiran kanak-kanak berusia tiga tahun yang diikat pengasuhnya di Taman Seri Pinang, dekat sini, mendakwa budak malang itu diikat setiap kali pengasuhnya keluar rumah apabila mempunyai urusan.

Jiran mangsa yang enggan dikenali itu mendakwa, kanak-kanak itu pernah memberitahu ibunya dia diikat, tetapi ibunya sukar mempercayainya berkenaan kerana beranggapan pengasuh terbabit seorang yang baik.

“Bagaimanapun, disebabkan tidak sedap hati, ibu kanak-kanak itu ke rumah pengasuh anaknya di blok sama, Selasa lalu.

“Dia terkejut apabila melihat anaknya dalam keadaan tangan diikat ke belakang dan kaki diikat terbaring atas lantai lalu mengambil keputusan membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, pengasuh berusia 39 tahun itu mengambil upah menjaga empat kanak-kanak berusia antara setahun hingga lima tahun termasuk mangsa yang didakwa nakal sehingga terpaksa diikat.

Jiran mangsa berkata, bayaran upah mengasuh bergantung kepada jumlah hari anak mereka dijaga, sama ada RM5 sehari atau RM300 sebulan.

“Upah menjaga kanak-kanak itu lebih mahal kerana tinggal lebih lama dengan pengasuh berikutan ibunya bekerja kilang.

“Saya simpati melihat kanak-kanak itu letih apabila pulang ke rumah. Nakal macam mana pun, tak patut sampai ikat kaki dan tangan kerana dia masih kanak-kanak,” katanya.

Susulan laporan polis dibuat ibu mangsa, pengasuh terbabit direman tiga hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut. -Hmetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab