Saturday 18 October 2014

Pelajar Politeknik Johor & 7 budak diculik mahu dijual di Siam!

Posted By: TTO Admin - 18.10.14

Polis sedang menjejaki tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian culik membabitkan tujuh mangsa di Johor Bahru malam tadi.

Jurucakap polis dalam satu kenyataannya memberitahu, suspek menggunakan sebuah lori berwarna putih seperti lori muatan ais untuk menculik mangsa yang nombor pendaftarannya tidak pasti.
Gambar Hiasan
Menurut jurucakap tersebut, salah seorang mangsa yang merupakan pelajar Politeknik di Ibrahim, Pasir Gudang telah berjaya melarikan diri ketika suspek mengisi minyak di sebuah stesen di Dungun, Terengganu pada pukul 7.05 pagi Sabtu.

“Kesemua mangsa yang berada di dalam lori itu merupakan kanak-kanak berusia lingkungan lima tahun dan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Kanak-kanak yang diculik itu daripada bangsa Melayu, Cina dan India dengan kanak-kanak Melayu itu hanya dikenali sebagai Mira.

Jurucakap itu berkata, mangsa iaitu Norazliza Abd. Manab, 20, yang berjaya melarikan diri telah membuat laporan di Balai Polis Dungun.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada mangsa, suspek akan membawa ke semua mangsa ke Thailand dan pertukaran kenderaan akan dibuat di Kuala Terengganu bagi mengelak di kesan pihak berkuasa.

Katanya lagi, salah seorang daripada suspek memakai baju-t berwarna merah dan menggunakan loghat Kelantan dalam perbualan mereka.

Polis menerusi beberapa kontinjen iaitu Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis sedang mengesan suspek ketika ini. - Rakyatnews

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab