Tuesday 22 April 2014

(Gambar) Mak Mah selamat jadi tunangan orang, kahwin bulan depan

Posted By: TTO Admin - 22.4.14

Cinta tidak mengenal usia, itulah apa yang berlaku kepada pelakon Veteran, Ruminah Sidek atau lebih dikenali sebagai Mak Mah. Mungkin generasi muda kurang mengenali pelakon sejak dari zaman seniman P Ramlee ini lagi. Namun anda pasti kenal dengan watak Opah dalam Filem Seram Jangan Pandang Belakang.

Opah - Jangan Pandang Belakang

Melalui sumber dari Media Hiburan Online, Mak Mah kini dikatakan telah selamat bergelar tunangan orang dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada 20 April lalu. Difahamkan juga tunangan Mak Mah adalah seorang peneroka Felda. 

Majlis kahwinnya pula dikatakan akan berlangsung pada bulan depan. Apapun tahniah buat Mak Mah dan pasangan. Semoga berbahagia sepanjang hayat.

Selepas kematian suaminya, Mak Mah memilih untuk hidup sendiri di samping beberapa orang anaknya yang masih aktif dalam dunia seni seperti Adlin Aman Ramli. -Tengok TV online

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab