Thursday 3 April 2014

8 Gambar ngeri perompak maut dilanggar selepas merompak di Kota Warisan

Posted By: TTO Admin - 3.4.14

Maklumat awal kejadian samun di alamat No 30 Jalan Warisan Indah 8/16, Kota Warisan.

Suspek (3) lelaki di percayai bangsa Melayu telah menaiki 2 buah motosikal telah masuk ke rumah mangsa dan acukan parang pada mangsa.

Semasa kejadian pagar dan pintu rumah dalam keadaan terbuka. Perompak berjaya membawa lari wang tunai dan barang-barang kemas. Jumlah kerugian belum dapat dipastikan lagi.

Secara kebetulan, kejadian rompakan itu telah dilihat oleh jiran mangsa menyebabkan jiran mangsa terus kejar perompak-perompak tersebut.

Apabila sampai di suatu simpang jalan lampu isyarat Genting Sayen, Banting, salah sebuah dari motosikal tersebut telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta SUV.

Perompak dilaporkan mati di tempat kejadian.

Dua bilah parang senjata yang digunakan untuk merompak telah tercampak di tepi jalan dan beberapa barang kemas dan wang dijumpai di kocek belakang perompak tersebut.

Laporan lebih terperinci akan menyusul. 



KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab