Sunday 17 November 2013

Teman Lelaki Campak Kekasih Sendiri Dari Apartmen

Posted By: TTO Admin - 17.11.13


Seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an maut selepas dipercayai dicampak teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.


Menurut sumber, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh kerana siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya berusia 30-an.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa dilapor akan pulang ke negaranya hari ini.


“Bagaimanapun, mangsa bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ditemui mati di tingkat bawah kawasan perumahan itu,” katanya.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab