Video Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, anak kelima Sultan Johor yang menyergah seorang jururawat (Matron) di sebuah hospital tersebar di Media Sosial. Sergahan itu menyebabkan Jururawat tersebut melatah kerana terkejut.
Namun, Tindakan Tunku Abdul Jalil itu hanyalah gurauan semata-mata dan sebagai penghargaan terima kasih kepada semua yang menjaganya di Hospital Sultanah Aminah Johor.
Ramai pengguna media sosial terutamanya rakyat Johor memuji Tunku Abdul Jalil yang dilihat sebagai berjiwa rakyat dan seorang yang rendah diri serta amat sporting.
Sebelum ini, pelbagai persoalan bermain diminda rakyat Johor apabila mengetahui tahap kesihatan Tunku Abdul Jalil yang kurang baik. Walaubagaimanapun, ramai mengucapkan rasa syukur apabila Tunku Abdul Jalil sudah kembali sihat sepenuhnya setelah selai menjalani rawatan.
KONGSI
& Komentar
Tweet