Friday 30 January 2015

Punca kanak-kanak 5 tahun maut terjatuh dari tingkat 8 (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 30.1.15


Gara-gara ditinggalkan pembantu rumah, seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut, selepas terjatuh dari kediamannya di Ketapang Villa, Taman Nirwana, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Muhammad Hadif Hadfi Mohd Nazim dipercayai ditinggalkan seorang diri di rumah, selepas pembantu rumah keluar membeli telur di kedai berdekatan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu tinggal bersama ibu bapa, kakak dan abangnya serta pembantu rumah warga Indonesia.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang tidur dan apabila tersedar, mangsa memanjat basikal yang terletak di balkoni, sebelum terjatuh.

“Mangsa dipercayai terjatuh daripada tingkat lapan rumahnya dan ditemui orang ramai dengan berlumuran darah di bahagian kepala.


“Ketika kejadian, ibu bapa dan adik-beradik mangsa tiada di rumah, kerana bekerja dan sekolah,” katanya.

Menurutnya, pembantu rumah warga Indonesia berusia 45 tahun itu sedang disoal siasat.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak. -Therakyatpost


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab