Sunday 16 February 2014

Menggelikan, pelanggan temui roti sosej Giant berkulat dan berulat! (6 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 16.2.14

Menggelikan... itulah perasaan apabila pertama kali melihat gambar-gambar roti sosej yang diupload oleh seorang pengguna facebook di dalam akaun peribadinya.

Puan Bie Jackson mendakwa roti sosej yang dibeli suaminya telah berkulat dan berulat. 6 keping gambar yang dimuatnaik beliau turut menunjukkan tanda harga pasaraya Giant. Lokasi Pasaraya Giant tersebut terletak di Kelombong, Sabah.

"Suami membeli roti ini di kedai yg tertera d kolombong. Dgn harga rm5. Malangnya sesampai ja d rumah kita ingin menjamunya kelihatan hot dog yg d gunaan suda berkulat yg lebi malang berulat. Nasib la aku ni jenis keluarkan sosej dr roti br mkan. Dgn itu boikot giant utk roti jenis ini." Menurut Caption dalam gambar tersebut

Melalui tinjauan kami, gambar-gambar tersebut telah mencecah lebih 2000 share. Pihak pengurusan Giant perlu memberikan respon segera mengenai kejadian ini kerana ia pasti memberikan reputasi buruk kepada pasaraya terkenal itu. -Tengok TV Online

Lihat gambar-gambar sosej berkulat dan berulat dibawah:







KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab