Sunday 26 May 2013

Tikus menyerang ular untuk selamatkan pasangannya!

Posted By: TTO Admin - 26.5.13
Di Zoo Hangzhou di wilayah Zhejiang, timur China, Penjaga zoo menyaksikan satu pemandangan yang luar biasa selepas dua ekor tikus hidup diletakkan ke dalam kandang ular untuk makanan malam ular tersebut.




Menakjubkan apabila satu kejadian yang melanggar hukum alam dimana pemangsa sepatutnya menyerang mangsa tidak berlaku di dalam kes ini, imej menunjukkan apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila salah seekor tikus didalam kandang tersebut telah menyerang ular Viper yang cuba memakan kawannya.

Menurut penjaga zoo terbabit, kebiasaannya salah seekor tikus akan bersembunyi manakala ular membaham pasangan tikus yang seekor lagi.

Walaupun tikus yang SUPER BERANI itu terlambat untuk menyelamatkan pasangannya, tikus itu diberikan kebebasan selepas penjaga zoo merasakan dia akan memperoleh haknya untuk terus hidup.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab